Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Uncategorized
41
0

Nota Editor

Feb 05, 2024 | 10:47 AM



Salam sejahtera, adik-adik!

Dalam dunia yang semakin pesat ini, pembaziran makanan ialah isu yang semakin berleluasa. Ia bukan sahaja menjejaskan kestabilan ekonomi, tetapi juga memberi impak besar kepada alam sekitar.

Dalam konteks ini, kita sebagai individu perlu menyedari betapa pentingnya mengurangkan pembaziran makanan.

Pernah kita berfikir tentang jumlah makanan yang kita buang setiap hari? Oleh itu, mari kita bersama-sama merenung betapa pentingnya mengurangkan pembaziran makanan di dalam kehidupan harian kita.

Mengurangkan pembaziran makanan bukan sahaja memberi manfaat kepada kewangan peribadi, tetapi juga kepada masyarakat dan alam sekitar. Apabila kita mengurangkan pembaziran makanan, kita juga menyumbang kepada pengekalan alam sekitar, membawa impak besar kepada perubahan iklim.

Tahukah anda setiap tahun, berjuta-juta tan makanan dibuang, sedangkan terdapat jutaan orang di seluruh dunia yang mengalami kebuluran? Kita boleh memainkan peranan dalam menangani isu ini dengan mengubah sikap dan amalan harian kita.

Jadikanlah kebiasaan untuk menyimpan sisa makanan, membuat perancangan beli-belah yang baik dan berkongsi makanan yang berlebihan dengan orang yang memerlukan ialah langkah kecil namun bermakna.

Mari kita galakkan satu budaya yang menghormati dan menghargai alam sekitar. Lagipun, bumi yang kita diami hanya satu jadi mari kita bekerjasama untuk melindungi bumi dan mengekalkan alam sekitar kita.

Selamat membaca!

Izwandi Azman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >