Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Uncategorized
41
0

Nota Editor

Feb 05, 2024 | 10:47 AM



Selamat Tahun Baharu! Saat kita menutup bab yang lama, mari kita membuka lembaran baharu dengan penuh semangat dan tekad yang kukuh. Tahniah kepada semua atas pencapaian sepanjang tahun lalu.

Semoga tahun baharu ini membawa kejayaan, kebahagiaan dan pencapaian cemerlang dalam pelajaran. Ingatlah bahawa setiap cabaran ialah peluang untuk berkembang. Teruskan usaha gigih anda dalam mengejar ilmu dan kecemerlangan tetapi jangan lupa untuk beriadah dan berehat.

Sambil kita mengalu-alukan 2024, kami ingin ambil kesempatan ini untuk persembahkan wajah baharu Gen G yang lebih segar! Saya dan Kru Gen G sangat teruja untuk mempersembahkan kepada anda transformasi akhbar kesayangan kami. Halaman-halaman Gen G kini mempamerkan estetika yang segar dan moden, bukti dedikasi kami untuk menghidupkan semula pengalaman pembacaan anda.

Gen G kini juga mempunyai halaman baharu seperti Tular di mana kami berkongsi kejadian lucu atau pelik yang disebar dalam talian, serta Kaki Makan di mana kami mendedahkan tempat-tempat makan yang enak.


Jika sesiapa daripada anda yang gemar menulis cerpen atau pantun pula, sila hantarkan karya anda kepada kami yang mungkin akan dipaparkan di Warkah.


Selain itu, Ehwal Semasa dan Gempar bertujuan untuk mendidik anda tentang berita semasa dan menggalakkan perbincangan sesama anda.


Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. Selamat membaca!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >