SINGAPURA sedang mengalami jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang terburuk dalam hampir setahun - satu peringatan tentang bagaimana keadaan virus ini boleh meletus tanpa amaran.
Namun, jika protokol penjejakan kontak, ujian dan kuarantin adalah berkesan seperti dahulu, dan orang ramai terus berwaspada, keadaan semasa boleh dikawal dalam minggu berikutnya atau lebih, kata para pakar dalam laporan The Straits Times.