SEMASA pedagang Mohamed Salleh Eusoof (MSE) Angullia mula membentuk wakafnya lebih 100 tahun lalu, beliau memastikan modal wakafnya dapat terus dilindungi dan hanya pulangan hasil pelaburan modal digunakan bagi tujuan amal.
Ternyata, langkah beliau, yang lebih dikenali sebagai MSE Angullia, merupakan sesuatu yang berbaloi dan dianggap sebagai "pandangan yang jauh dan berwawasan" oleh anggota keluarganya pada hari ini.