Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Pasukan bertugas M³ fokus bantu pekerja ekon gig, golongan wanita

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pasukan bertugas M³ fokus bantu pekerja ekon gig, golongan wanita

Fahmi: Tujuan utama dorong golongan ini untuk beralih ke pekerjaan lebih stabil
Dec 07, 2021 | 05:30 AM

SATU pasukan bertugas berbilang agensi yang ditubuhkan M Kuasa Tiga (M³) tahun lalu untuk mempertingkat daya kerja pekerja Melayu/Islam di tengah-tengah pandemik kini mengalihkan fokus kepada golongan pekerja wanita dan yang berkecimpung dalam ekonomi gig.

Pasukan bertugas bagi Pekerjaan dan Daya Tahan Pekerja ini kini, antara lain, berhasrat untuk turut membantu pekerja gig seperti yang dalam khidmat penghantaran dan pengangkutan mendapatkan pekerjaan lebih stabil dan juga golongan wanita untuk bekerja semula, kata Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Encik Fahmi, yang telah ditugaskan memimpin bidang tumpuan itu, berkata pihaknya prihatin dengan sebab-sebab yang mendorong sebahagian individu menjadi pekerja gig atau punca kaum wanita meninggalkan pasaran kerja.

Namun, pasukannya berhasrat untuk mendekati kumpulan-kumpulan ini dan meneroka cara terbaik bagi mereka merebut peluang pekerjaan baru, dalam ekonomi yang sedang pulih dari cabaran Covid-19.

"Hasrat utama kita adalah untuk menggalakkan mereka (pekerja-pekerja gig dan wanita yang tidak bekerja) untuk beralih ke pekerjaan lebih stabil," ujar Encik Fahmi, yang juga pengarah jabatan operasi dan pengerahan di Kesatuan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Menambah, Encik Fahmi berkata ada peluang pekerjaan dalam beberapa sektor yang sedia ada seperti aeroangkasa, jagaan kesihatan dan khidmat pelanggan; serta dalam sektor yang sedang membangun seperti rantaian bekalan, logistik dan bidang 'hijau' dalam sektor kuasa bersih.

"Jika kita tidak mulakan usaha dari sekarang, kita akan ketinggalan apabila sektor-sektor baru ini berkembang," ujar Encik Fahmi lagi, yang berkata pekerja gaji lebih rendah juga kini boleh lebih yakin gaji mereka akan dinaikkan selaras dengan kemahiran mereka yang bertambah, dengan pelaksanaan Model Gaji Progresif (PWM) di sektor tertentu.

Berkongsi perkembangan mengenai usaha yang telah dilaksana bagi tujuan membantu pekerja gig dan wanita kembali menyertai pasaran kerja, Encik Fahmi berkata perbincangan dan proses mengumpul data telah dimulakan dan pihaknya telah mendekati bandar-bandar M³.

Buat masa ini, tiga daripada 11 bandar M³ telah menyertai usaha ini termasuk M³@Geylang Serai, M³@Bedok dan M³@Jalan Besar.

Encik Fahmi berkata demikian baru-baru ini, semasa menyertai perbualan mengenai cabaran pekerjaan pasca Covid-19 di Singapura di #NoTapis - rancangan podcast yang diterbitkan oleh Berita Harian (BH).

Turut menyertai sesi perbincangan itu ialah dua anggota Jawatankuasa Pusat NTUC, Encik Abdul Samad Abdul Wahab dan Encik Sazali Zainal.

Mengulas lebih lanjut mengenai peluang pekerjaan dalam sektor kuasa, terutama kuasa 'bersih' atau hijau, Encik Abdul Samad, yang juga Setiausaha Besar Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage), berkata satu cara majikan boleh menggalak lebih ramai pekerja menyertai sektor itu adalah dengan menawarkan gaji yang lebih setimpal dengan pekerjaan yang harus dilakukan.

"Pesanan saya kepada semua majikan adalah serupa dalam segi ini. Jika mereka ingin mendapatkan pekerja yang terbaik, mereka harus bersedia membayar gaji yang sewajarnya," ujar Encik Abdul Samad.

Laporan lanjut:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3