Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PayPal akan tingkat 25% tenaga kerja di S'pura

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT pembayaran digital Amerika Syarikat, PayPal akan meningkatkan bilangan tenaga kerjanya sebanyak 25 peratus di Singapura hasil kerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan disokong Industri Digital Singapura (DISG).



Ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan baru bagi rakyat Singapura dalam usaha syarikat itu memanfaatkan teknologi bagi menyediakan khidmat kewangan dan dagangan lebih mudah dan dimampui ramai, menurut kenyataan IMDA semalam.



Dalam lawatannya ke pejabat PayPal semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata banyak pekerjaan digital telah diwujudkan sejak dua tahun lalu hasil pelaburan baru yang ditarik ke Singapura.



"Bukan sektor teknologi dan infokom (ICT) sahaja yang mewujudkan pekerjaan digital malah kita juga mempunyai pekerjaan digital yang diwujudkan dalam khidmat kewangan, perkilangan dan penjagaan kesihatan.



"PayPal adalah contoh yang baik. Ia berada dalam sektor khidmat kewangan, merupakan syarikat teknologi kewangan (FinTech) dan telah berada di sini selama 14 tahun sejak 2007 dan terus berkembang,'' kata Cik Teo.



Ketua pegawai eksekutif (CEO) PayPal Encik Aaron Wong berkata syarikat itu akan terus menyokong usaha negara ini merombak secara digital bagi menjadi sebuah hab teknologi sejagat dan teknologi kewangan.



"Kakitangan kami yang pelbagai merupakan kekuatan terbesar kami dan pekerja PayPal di Singapura mempunyai peluang unik untuk menyertai projek dan inisiatif yang mempunyai kesan di lebih 200 pasaran yang kami ceburi,'' katanya.



Sedang syarikat seperti PayPal meluaskan tebaran produk mereka dan berinovasi untuk menyediakan khidmat baru bagi pelanggan di rantau ini dan peringkat sejagat, mereka juga perlukan lebih ramai kakitangan.



Lantas, Cik Teo berkata bakat teknologi akan terus berkembang dan Singapura harus mencari jalan membantu syarikat ini memenuhi keperluan itu terutama bagi rakyat Singapura.



Dalam kalangan pekerja yang mencari pekerjaan, IMDA boleh membantu mereka menjalani latihan dalam bidang berkembang di bawah Program TechSkills Accelerator (TeSa) IMDA.



Menurut Cik Teo, jumlah mereka yang mengikuti TeSa telah meningkat berganda mencapai lebih 5,000 orang sepanjang tahun ini, berbanding 2,500 tahun lalu.



"Bagi mereka yang mencari pekerjaan, menimba kemahiran baru dalam sektor dan industri baru akan menjadi lebih mudah,'' katanya.



Menurutnya, mereka yang mencari pekerjaan lebih terbuka untuk melaburkan masa mendapatkan kemahiran dalam industri yang ingin diceburi.



Ketua eksekutif IMDA, Encik Lew Chuen Hong berkata Covid-19 juga telah mempercepat permintaan bagi khidmat digital dan inovasi dalam ekonomi.



"Ia akan mewujudkan pekerjaan yang baik bagi rakyat Singapura dalam bidang seperti pembangunan produk. Saya gembira melihat syarikat seperti PayPal akan bekerja sama dengan IMDA bagi melatih rakyat Singapura,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >