Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Krisis kemanusiaan Yaman makin meruncing

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Yaman berdepan krisis kemanusiaan amat runcing dengan lebih 16 juta orang memerlukan bantuan.



Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 400,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun benar-benar kebulur.



Ini merupakan kanak-kanak yang berperut gendut, anggota badan yang longlai dan merenung jauh - mengalami kebuluran hingga mati, kata Setiausaha Rendah Bantuan Kemanusiaan PBB, Encik Mark Lowcock, yang ditukil agensi berita Reuters, minggu lalu..



Pelan bantuan kecemasan PBB untuk 2020 menyaksikannya menerima sekitar AS$1.9 bilion, separuh daripada jumlah yang diterima pada 2019.



Tahun ini pelan PBB memerlukan sumbangan derma AS$4 bilion ($5.28 bilion), serupa jumlah yang diperlukan untuk 2019.



Penyumbang derma memenuhi hampir 90 peratus keperluan pendanaan untuk 2019 dan PBB berupaya mengelak kebuluran daripada berlaku di Yaman, kata Encik Lowlock.



Sementara itu, pertubuhan kebajikan antarabangsa, Oxfam, minggu lalu menuduh kerajaan British cuba memanjangkan perang di Yaman dengan membenarkan eksport peralatan mengisi minyak di udara (air-to-air refuelling), yang dikhuatiri boleh membantu angkatan tentera Saudi melaksanakan pengeboman sewenang-wenang di negara itu.



Teknologi yang dilesenkan kepada Riyadh pada musim panas lalu setelah sekatan penjualan senjata ditarik balik, bersama-sama dengan penjualan lain mencecah £1.4 bilion ($2.61 bilion), boleh digunakan untuk membantu pesawat pejuang terbang lebih lama ketika konflik semakin sengit.



Ketua dasar dan pendukung Oxfam, Encik Sam Nadel, berkata: "Amerika telah pun menggesa konflik di Yaman ditamatkan, Britain pula mengarah ke arah bertentangan, meningkatkan sokongan bagi perang yang dipimpin Saudi dengan meningkatkan penjualan senjata dan kelengkapan mengisi minyak di udara yang memudahkan serangan udara."



Wakil Khas PBB untuk Yaman, Encik Martin Griffiths, dalam pada itu menggesa serangan yang dilakukan pihak Houthi di bandar Marib yang dikuasai pemerintah, dihentikan.



Beliau memberi amaran "langkah untuk meraih penguasaan wilayah mengancam proses keamanan".



Encik Biden sebelum ini mahu menamatkan konflik di Yaman dan telah menjadikannya sebagai keutamaan pentadbirannya.



Amerika Syarikat juga akan menghentikan sokongan ofensif kepada Arab Saudi dalam perang saudara ini.



"Sokongan antarabangsa untuk mengakhiri konflik ini sangat diperlukan, dan ini menawarkan kita peluang baru untuk membincangkan huraian yang diperlukan," kata Encik Griffiths kepada Majlis Keselamatan 15 anggota itu.



Encik Griffiths melawat Teheran bulan lalu buat pertama kalinya sejak menjadi wakil PBB tiga tahun lalu.



Beliau tidak merujuk kepada kenyataan Majlis Keselamatan semasa lawatannya itu.



Beliau berkata, pihak yang bertelagah mesti melakukan gencatan senajta dengan serta-merta, membenarkan pengaliran minyak tanpa diganggu dan komoditi lain ke pelabuhan Hodeidah dan memberi permit antarabangsa bagi trafik komersial untuk menggunakan lapangan terbang Sana'a.



Encik Griffiths berkata, isu ini telah dibincangkan secara kerap sepanjang tahun lalu.



"Apa yang kami mahu hanyalah keazaman politik untuk menghentikan konflik ini. Kita perlu satu keputusan," katanya.




"Sokongan antarabangsa untuk mengakhiri konflik ini sangat diperlukan, dan ini menawarkan kita peluang baru untuk membincangkan huraian yang diperlukan... Apa yang kami mahu hanyalah keazaman politik untuk menghentikan konflik ini. Kita perlu satu keputusan."
- Encik Martin Griffiths, Wakil Khas PBB Untuk Yaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >