Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Pelbagai program menarik sempena Maulidur Rasul

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MASJID AL-AMIN

Pelbagai program menarik sempena Maulidur Rasul

Sep 24, 2021 | 05:30 AM

MASJID Al-Amin ingin mengajak para jemaah untuk sama-sama mengenang jerih payah usaha Baginda Rasulullah saw dalam menyebarkan ajaran Islam sepanjang Oktober dan November ini sempena sambutan Maulidur Rasul, hari lahir keputeraan junjungan baginda Rasulullah saw.

Ketua Jabatan Pembelajaran Islam Masjid Al-Amin, Ustaz Syafiee Hassan, berkata justeru itu, Masjid Al-Amin bakal menganjurkan pelbagai program menarik dengan tema, 'Semarak Cinta Rasul saw dan Cinta Masjid' agar dapat kita bersama menjaga dan menghargai warisan kenabian ini.

Program-program tersebut bermatlamat menyemarakkan semangat menghayati perjuangan Baginda Rasulullah saw dan mengimarahkan masjid.

Ia juga bertujuan dapat melahirkan rasa cinta kepada masjid, menurut Pengerusi Masjid Al-Amin, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya.

"Melalui program-program sepanjang Oktober dan November ini dengan tema 'Semarak Cinta Rasul saw dan Cinta Masjid', kami mahu menggalakkan jemaah datang dan solat di masjid; mengikuti program agama di masjid; bersifat dermawan dan menderma ke masjid; menjadi sukarelawan masjid; melahirkan perasaan mengambil berat dan tanggung jawab terhadap masjid; menghidupkan kumpulan sokongan masjid," kata Encik Muhammad Khairul Jameel.

Di samping itu, tema program tersebut bermatlamat mengajak para jemaah untuk menghayati keperibadian Rasulullah saw.

Lantaran itu, program-program tersebut bakal menjelaskan sebab utama Rasulullah saw membina masjid ketika pertama kali Baginda berhijrah ke Madinah; memaparkan bagaimana Rasulullah saw menghidupkan rasa perpaduan dan persatuan; serta melihat strategi dan pendekatan Rasulullah saw. dalam mengharungi krisis dan menjana ekonomi.

Antara program menarik tersebut adalah kuliah selama enam sesi bertajuk "Allah dan Malaikat berselawat ke atas Baginda Nabi s.a.w.?" yang bakal dibimbing oleh Ustaz Syafiee.

Mengulas tentang kuliah enam sesi itu, Ustaz Syafiee berkata:

"Kuliah modular bulan Maulidur Rasul ini ingin menggambarkan bagaimana hubungan malaikat dengan Baginda Rasulullah saw serta umatnya.

"Malaikat dihubungkan dengan manusia ketika mereka beramal soleh.

"Sebagai contoh, seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari, malaikat mencatit kehadiran jemaah ketika solat Jumaat. Atau sabda Rasulullah saw, bahawa malaikat berlumba untuk memberikan amalan soleh kepada siapa yang membaca "rabbana walakal hamd" sehingga habis doanya.

"Justeru, kuliah ini bertujuan mendorong para jemaah menghayati bagaimana para malaikat memberi kesan pada jiwa Rasulullah saw dan bagaimana malaikat sendiri mengagungkan penghuni masjid sehinggakan mereka yang mengganggu orang yang sedang solat dijauhi oleh para malaikat."

Masjid Al-Amin masih memerlukan $1.5 juta untuk Usaha Peningkatan Masjid yang bakal bermula pada hujung tahun ini.

Masjid ini sedang rancak menyiapkan diri bagi menaik taraf seluruh bangunan dan prasarananya.

Lantaran itu, Ustaz Syafiee berharap program-program sepanjang bulan maulid ini dapat memberikan suntikan semangat kepada masyarakat kita bahwa Nabi Muhammad saw meninggalkan bagi kita satu warisan yang menjadi nadi kehidupan agama kita.

"Semoga kita dapat menghidupkan warisan ini bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan amal dan budaya yang kemudiannya diwariskan pula kepada keluarga kita dan generasi seterusnya," kata Ustaz Syafiee.


"Semoga kita dapat menghidupkan warisan ini bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan amal dan budaya yang kemudiannya diwariskan pula kepada keluarga kita dan generasi seterusnya."
- Ketua Jabatan Pembelajaran Islam Masjid Al-Amin, Ustaz Syafiee Hassan berharap agar program-program yang dilakarkan sepanjang Oktober dan November di Masjid Al-Amin dapat menyemai cinta umat Islam terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. dan mengimarahkan masjid.


BANTULAH MASJID KITA

Sumbang ke Dana Wakaf Iltizam Masjid Al-Amin melalui:

1. Paynow: UEN NO: S91MQ0008B001

2. Bank Transfer: DBS Current Account 012-009859-6

3. Melalui cek kepada Lembaga Pentadbir Masjid Al-Amin - Alamat: 50 Telok Blangah Way, Singapore 098801

4. Melalui derma langsung ke masjid atau dari rumah. Sila hubungi talian 6272-5309. (Reference: ILTIZAM)


PROGRAM SEMARAK CINTA RASUL SAW & CINTA MASJID

24 SEPTEMBER HINGGA 4 NOVEMBER

1) High-Tea Amal Virtual beserta Forum Muslimah secara online

Tarikh: 30 Oktober 2021, Sabtu

Waktu: 3 hingga 5 petang.

Harga: 1 peserta - $50 (termasuk jamuan istimewa disediakan buat peserta).

Penceramah 1: Ustazah Dr Sakinah Saptu

Penceramah 2: Ustazah Liyana Musfirah

Moderator: Cik Ainah Embit

2) Majlis Maulidur Rasul saw

Tarikh: 8 Oktober 2021 (secara ‘online’)

Bersama: Ustaz TM Fouzy & Ustaz Muhd Haikal.

Ada kuiz dan deklamasi sajak karangan sahabat Nabi sendiri, Hasan bin Tsabit.

Qari Ustaz Ahmad Danial (bekas johan MTTQ).

Kumpulan Qasidah MHDS

3) Webinar - Strategi Rasulullah saw Dalam Menangani Krisis Ekonomi

Tarikh: 23 Oktober

Yuran peserta: $15

4) Taubat atau Tahu Buat?

Kursus Eksklusif sempena Semarak Cinta Rasul oleh Ustaz Hafizh Rapiee.

Sinopsis:

- Pernahkah anda buat dosa lagi setelah bertaubat?

Bagaimana menghentikan ketagihan terhadap satu-satu dosa?

- Tip-tip cara taubat nasuha yang diajarkan oleh Rasulullah saw

Tarikh: 14 dan 21 Oktober 2021

Yuran: $23 setiap peserta

7 SIRI KULIAH BERSAMA 7 ASATIZAH

Tarikh: 27 September hingga 4 November

Sehari Bersama Rasulullah saw

  • Setiap Isnin, 10 - 11.30 pagi

bersama Ustaz Hafiizh Rapiee

Strategi Bisnes Rasulullah saw

  • Setiap Isnin, selepas zuhur 1.30 tengah hari

bersama Ustaz Mohd Kamal Mokhtar

Kelebihan Umat Nabi Muhammad saw

  • Setiap Selasa, 10 - 11.30 pagi

bersama Ustaz Md Mazdiuky Md Ishak

Seperti Apa Masjid Rasulullah saw?

  • Setiap Selasa, selepas Zuhur 1.30 petang

bersama Ustaz Windu Wijaya

Allah dan Malaikat berselawat ke atas Baginda Nabi saw

  • Setiap Rabu, 10 - 11.30 pagi

bersama Ustaz Syafiee Md Hassan

Bersama Memasjidkan Keluarga

  • Setiap Rabu, Selepas Zuhur, 1.30 petang

bersama Ustaz DRS HM Noortijany

Rasulullah Sebagai Seorang Guru

  • Setiap Khamis, Selepas Zuhur, 1.30 petang

Bersama Ustaz Mohd Haikal

VIDEO - VIDEO M2M (Muhasabah 2 Minit)
bersama Masjid Al-Amin

VIDEO - VIDEO DI BALIK TABIR
(bersama Keluarga Masjid sebagai tunggak utama
imarahnya masjid bersama Masjid Al-Amin

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3