Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORBAN 2022: ATTAWASOL INSANIY

Peluang beri nikmat merasa daging kepada penduduk susah di Indonesia

May 27, 2022 | 12:58 AM



MEMBANTU golongan orang yang tidak berkemampuan dan hidup susah memang menjadi salah satu sifat orang Mukmin.



Dengan pegangan tersebut, Attawasol Insaniy membuka peluang kepada masyarakat Islam Singapura untuk menghulurkan daging korban, akikah dan nazar untuk mereka yang memerlukan.



Bukan sahaja berpeluang membantu mereka, ia juga dijadikan usaha untuk menyatupadukan serta menggembirakan hati masyarakat Islam yang miskin di luar negara.



Menurut Ketua Desa Trayu di Yogyakarta, Encik Kiswanto, sumbangan daging korban setiap kali mencetuskan kegembiraan umat Islam yang hidup susah di kawasannya, khususnya ketika musim perayaan Aidiladha.



"Pada setiap tahun, kami menerima agihan daging korban yang diedarkan hasil sumbangan masyarakat Islam Singapura yang murah hati. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami mengharapkan rezeki daging korban ini dapat terus diperolehi untuk dinikmati oleh seluruh penghuni kampung.



"Sesungguhnya, pengagihan daging kambing korban ini telah mencoretkan senyuman dan membahagiakan penduduk kami yang jarang sekali makan daging.



"Oleh itu, kami amat berterima kasih kepada masyarakat Islam Singapura yang prihatin terhadap kesusahan hidup warga Desa Trayu. Semoga Allah swt merahmati para penderma yang ikhlas yang menggembirakan kami di sini," jelas Encik Kiswanto.



Pengasas Attawasol Insaniy Singapura, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, memberitahu Berita Harian (BH), program ibadah korban kali ini dapat memberi ruang kepada masyarakat Islam di Singapura untuk melakukan korban di Jawa Tengah.



Attawasol Insaniy akan memastikan daging korban diagihkan secara meluas dan merata sehingga mereka yang tinggal di kawasan pedalaman pun akan menerima daging tersebut.



"Saya sendiri bersama dengan asatizah tempatan yang lain akan turun padang bagi mengelolakan upacara korban yang dianjurkan dan menjangkau beberapa buah kawasan lagi yang mungkin terlepas daripada pemantauan kami.



"Pada tahun ini, Attawasol Insaniy telah menemukan beberapa kawasan pedalaman yang belum pernah menerima daging korban dari mana-mana pihak.



"Kami telah membuat perjanjian bersama ketua kawasan-kawasan tersebut dan mula membuat persediaan logistik untuk menghantar kambing dan daging korban ke sana," jelas Ustaz Dr Leyaket Ali.



Untuk memenuhi keperluan itu, Attawasol Insaniy bekerjasama dengan pemerintah daerah iaitu Gabenor Gunung Kidul, Yogyakarta, Bapak Heri Susanto S.Kom, M.Si.



"Pengagihan daging korban yang menggunakan pengangkutan pemerintah dan sukarelawan penduduk tempatan dilakukan secara meluas hingga ke kawasan pedalaman, yang kadangkala mengambil masa tiga hingga empat jam untuk sampai.



"Senarai orang-orang yang layak menerima akan disiapkan oleh pemerintah Indonesia.



"Setakat ini, acara korban Attawasol Insaniy telah memberi manfaat kepada sekitar 35,000 keluarga," tambah Ustaz Dr Leyaket Ali.



Ustaz Dr Leyaket Ali yang juga merupakan pemilik ladang Attawasol Farm 1 dan 2 di Jawa Tengah, menambah pihaknya berusaha untuk memberi perkhidmatan korban terbaik dan berkualiti kepada masyarakat.



Katanya: "Pada hari upacara korban, saya akan memberi perkembangan di Facebook secara langsung dari ladang dan tempat-tempat pengagihan korban.



"Semua kambing Attawasol Insaniy adalah dari ladang kami sendiri, diperiksa setiap bulan oleh pakar doktor haiwan, selain pengembalanya juga menjalani kursus khas untuk memastikan penjagaan kambing yang sempurna.



"Attawasol Insaniy juga akan menyediakan gambar dan sijil fizikal yang dihantar ke rumah peserta melalui pos. Pelaksanaan ibadah ini akan dijalankan bersama Attawasol Insaniy pada 10, 11, 12, 13 Zulhijah 1443H nanti,"



Tarikh tutup pendaftaran ini ialah 9 Julai pada 12 tengah hari.



Mereka yang ingin melakukan ibadah korban, akikah atau nazar boleh membuat pendaftaran hanya dengan harga $170 bagi seekor kambing dan harga promosi $800 bagi setiap lima ekor kambing.



Untuk akikah, harga $170 sudah termasuk lauk yang sudah dimasak.



Ustaz Dr Leyaket Ali berharap, perkhidmatan ibadah korban ini dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada peserta.



"Dengan jaminan perkhidmatan terbaik, semoga ibadah korban yang dilaksanakan mengikut syariah ini dapat memberi hasil penyembelihan dan pengagihan maksimum.



"Pihak kami akan mengawasi sepenuhnya proses pelaksanaan dan penyelenggaraan ibadah ini dari mula hingga akhir, bukan setakat mengambil pesanan dan mengarahkan orang untuk melaksanakan ibadah korban.



"Diharapkan juga agar usaha ini dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan, dan masyarakat Jawa Tengah umumnya," katanya lagi.




CARA BERI SUMBANGAN



- Membuat pendaftaran secara dalam talian di: www.bit.ly/aiqurban22



- Salurkan bayaran anda melalui pemindahan wang ke akaun OCBC 6421-4943-9001 atau PayNow kepada UEN T17LL0787E dan WhatsApp ke 9272-9132.



- Untuk pertanyaan atau khidmat pengambilan dari rumah, sila hubungi talian 6344-6334, 8874-8848, 9027-3547 atau 9272-9132.



- Lungsuri Facebook@Attawasol Insaniy Singapore untuk melihat perkembangan pengagihan yang dilakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >