Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penangkapan anak Shah Rukh Khan cetus polemik di India

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



BERITA penangkapan anak bintang Bollywood Shah Rukh Khan, Aryan, telah mencetuskan polemik yang luar biasa di India.



Sedang ramai menyifatkan penahanannya tanpa dibenarkan ikan jamin sebagai keterlaluan semata-mata demi menunjukkan ketegasan biarpun Aryan anak seorang bintang terkenal, sebahagian lagi menegaskan tindakan pihak berkuasa harus dipertahankan sebagai isyarat tegas dan ketelusan polis.



Kes ini mendapat perhatian meluas, termasuk komen daripada pihak menteri.



Pada minggu lalu Menteri Persatuan Sosial dan Pemerkasaan India Ramdas Athawale, seperti dipetik Asian News International, pada Ahad lalu, berkata Aryan, yang kini masih dalam tahanan polis akibat terkait kes dadah, harus mendapatkan rawatan di pusat pemulihan.



Menteri itu mengatakan bahawa Aryan memiliki masa depan yang cerah dan Shah Rukh Khan perlu mempertimbang untuk menghantar anaknya ke pusat pemulihan dadah.



"Tidak baik mengambil dadah pada usia muda, Aryan Khan mempunyai masa depan.



"Saya menasihati Shah Rukh Khan agar menghantar Aryan Khan ke pusat pemulihan yang berkaitan dengan kementerian," kata Athawale.



Aryan, 23 tahun, ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita, oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) India di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober.



Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.



Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.



Sebuah mahkamah di ibu kota wilayah Maharashtra pada 8 Oktober telah menolak permohonan ikat jamin ke atas Aryan. Aryan bagaimanapun telah dibebaskan selepas 25 hari dalam tahanan.



Sementara ramai yang mengkritik kelalaian Shah Rukh sehingga anaknya menjadi penagih dadah, ramai juga sebahagian rakan artis menunjukkan sokongan moral.



Aktor Hrithik Roshan, menulis surat terbuka meminta Aryan tabah dan kuat berdepan ujian ini.



"Buat Aryan sayang. Hidup adalah satu perjalanan yang aneh. Tidak selalunya bagus, tetapi tuhan memberikan yang terbaik. Dia memberi cubaan untuk dihadapi dan kamu dipilih supaya belajar merasakan tekanan agar diri kamu boleh berdepan apa situasi pun pada masa hadapan.



"Kesalahan, kegagalan, kemenangan, kejayaan semuanya sama jika kamu tahu yang mana harus disimpan dan yang mana harus dibuang daripada perjalanan hidup.



"Percayalah, kamu akan menjadi lebih baik daripada mereka semua. Akan datang cahaya nanti. Itu selalu ada," kata Roshan menerusi laman Instagram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >