Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengambilan pekerja setempat bertambah dengan bantuan JGI

130,000 pekerja setempat digaji 27,000 firma dalam 3 bulan pertama JGI: Josephine
Apr 01, 2021 | 05:30 AM



SKIM Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) telah membantu untuk meningkatkan pengambilan pekerja setempat tahun lalu, pada kadar lebih tinggi berbanding 2019.



Antara September hingga November 2020, sebanyak 27,000 majikan menggajikan dua pekerja setempat secara purata dengan sokongan skim subsidi gaji itu.



Ini lebih tinggi daripada purata satu pekerja yang digajikan majikan dalam tempoh sama setahun lalu, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo semalam.



Secara keseluruhannya, JGI telah menyokong pengambilan kerja sekitar 130,000 pekerja setempat antara September dan November tahun lalu, dalam tiga bulan pertama skim itu, menurut Laporan Situasi Pekerjaan yang diterbitkan semalam.



Hampir semua, atau 99 peratus, daripada 27,000 majikan yang memanfaatkan skim itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana.



Sekitar enam dalam 10 menggajikan satu hingga dua pekerja setempat, manakala empat dalam 10 menggajikan lebih dua pekerja setempat.



Skim subsidi gaji $1 bilion itu dilancarkan Ogos tahun lalu untuk mendorong pengambilan pekerja setempat.



Majikan yang layak boleh menerima sokongan gaji 25 peratus bagi setiap pekerja setempat yang diambil untuk tempoh sehingga 12 bulan.



Bulan lalu, pemerintah mengumumkan skim itu dilanjutkan tujuh bulan lagi hingga September tahun lalu, dengan tambahan $5.2 bilion diperuntuk.



JGI juga telah dipertingkat sejak 1 Mac lalu bagi majikan yang mengambil pekerja matang, orang kurang upaya dan bekas pesalah. Mereka akan mendapat sokongan gaji sehingga 50 peratus untuk setiap pekerja sehingga 18 bulan.



Perangkaan terbaru oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan bahawa skim ini menyokong pengambilan pekerja di pelbagai sektor.



Hampir empat dalam 10 pekerja digajikan dalam sektor pertumbuhan seperti perdagangan borong, perkhidmatan profesional, serta maklumat dan komunikasi.



Satu dalam lima pekerja berada dalam sektor perkhidmatan makanan dan runcit.



Sekitar separuh daripada pekerja itu tidak bekerja sebelum baru diambil bekerja, dan lebih seperempat tidak bekerja selama lebih enam bulan.



Seramai enam dalam 10 pekerja sebelum ini bekerja dalam sektor yang berbeza, dan bilangan yang sama memperoleh gaji setaraf atau lebih tinggi berbanding pekerjaan sebelumnya.



Hampir separuh daripada pekerja yang diambil di bawah skim itu merangkumi pekerja matang berusia 40 tahun ke atas, sementara sepertiga berusia 50 dan ke atas.



Bagaimanapun, kadar pengambilan pekerja yang disokong oleh JGI semakin perlahan.



Dalam dua bulan pertama skim itu, lebih 110,000 pekerja setempat diambil oleh 26,000 syarikat. Namun, hanya 20,000 digajikan pada November.



Cik Teo berkata beliau menjangkakan sambutan yang lebih tinggi dalam dua bulan pertama skim itu, sedang lebih banyak perniagaan mengisi jawatan kerja yang hilang akibat pandemik.



Usaha memadankan pencari kerja kepada pekerjaan berdasarkan kemahiran sedia ada juga lebih mudah bagi majikan, sedang terdapat jumlah pencari kerja yang lebih besar pada bulan-bulan awal JGI, tambahnya.



"Pada bulan-bulan mendatang, jika ada rentak pengambilan kerja yang mencukupi, saya rasa ini memerlukan lebih banyak usaha dari segi pemadanan pekerjaan dan kemahiran," kata Cik Teo.



Beliau berkata demikian kepada media dalam satu lawatan ke syarikat setempat Pacific Logistics Group di Tuas semalam.



Dalam pada itu, kadar pengangguran secara beransur-ansur menurun sejak suku terakhir tahun lalu, daripada 4.8 peratus dalam kalangan warga Singapura dan penduduk tetap Oktober lalu kepada 4.3 peratus pada Januari lalu.



Secara keseluruhan, kadar pengangguran turun daripada 3.6 peratus kepada 3.2 peratus dalam tempoh yang sama.



Semalam, Cik Teo turut menggesa majikan untuk bersikap lebih terbuka terhadap pencari kerja daripada pelbagai latar belakang.



Majikan yang menggajikan pekerja berusia 60 tahun dan ke atas boleh mendapat sokongan tambahan JGI, menerusi Geran Pengamal Awal bagi Pengambilan Pekerja Lanjut Usia dan Geran Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >