PENERBITAN awal telah meraih manfaat daripada pengenalan mesin-mesin cetak di rantau ini oleh masyarakat pendakwah British dan Belanda pada abad ke-19.
Mesin litografi yang pertama di Kepulauan Melayu-Indonesia dipercayai telah diperkenalkan di Batavia oleh Rev. Walter Henry Medhurst pada tahun 1828.