APABILA beliau mendapati video yang dimuat naik anaknya ke akaun TikTok berbaur kesedihan dan kekecewaan, Cik Shahidah Mas Seman dan suami cuba 'menyiasat' apa yang berlaku.
Mujur perkara itu menarik perhatian mereka awal kerana pasangan itu mendapati anak mereka, Sakinah Batrisyia, 10 tahun, dibuli di ruang siber tanpa diketahui sebab.