KAHIRAH: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi baru-baru ini merasmikan gereja dan masjid terbesar Mesir di Ibu kota Pentadbiran Baru menjelang perayaan Krismas Koptik, dalam mesej toleransi di negara majoriti Muslim.
Penganut Koptik, minoriti Kristian terbesar di Timur Tengah, berkumpul pada tengah malam di Katedral Nativity, yang disifatkan oleh pemerintah sebagai gereja terbesar di Timur Tengah, beberapa jam selepas perasmian.