UNDANG-UNDANG untuk memelihara keharmonian kaum di Singapura diharapkan akan menjadikan orang ramai lebih berhati-hati dengan kata-kata dan tindakan mereka agar tidak menyinggung atau menyakiti kaum lain.
Namun, masih ada keperluan untuk mengadakan lebih banyak perbincangan mengenai perkauman yang memberi peluang untuk memahami satu sama lain dengan lebih baik, kata Ketua Pusat Harmoni, Ustazah Liyana Rosli Asmara.