IPOH: Selepas dua minggu mendiamkan diri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.
Pengambilalihan itu dibuat selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengumumkan tindakan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).