Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lambat kenali IT, tapi Shirin kini ketua teknologi maklumat di IMF

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



MENCEBURI bidang teknologi maklumat (IT) bukan sesuatu yang semula jadi bagi Cik Shirin Hamid.



Malah, beliau merupakan pelajar sastera di Methodist Girls' School dan Maktab Rendah Kebangsaan (NJC).



"Saya hanya terlibat dalam bidang IT apabila seorang anggota keluarga saya menunjukkan potensi dan nilai komputer dan IT. Setelah peperiksaan GCE 'A', saya mula mengambil kursus dalam bidang komputer.



"Pengetahuan yang saya timba itu membolehkan saya digajikan sebagai seorang instruktor di sebuah pusat latihan IT. Dengan duit yang saya kumpulkan termasuk memberi tuisyen dan menjadi pemandu membeli barangan runcit bagi jiran saya yang sakit, serta sokongan kewangan dari ibu bapa dan adik-beradik saya, saya dapat melanjutkan pengajian bagi ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang komputer dan sistem maklumat di Britain,'' katanya.



Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam sistem perniagaan dan rekaan dari City University of London dan sarjana muda sains komputer Universiti Coventry, England.



Mulai 4 Januari depan, Cik Shirin, 54 tahun, akan menjadi ketua pegawai maklumat (CIO) dan pengarah jabatan teknologi maklumat (ITD) di IMF, yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.



IMF sebuah badan antarabangsa yang dianggotai 190 negara, yang bekerjasama bagi memupuk kerjasama kewangan sejagat dan memastikan kestabilan kewangan.



Pengarah Urusan IMF, Cik Kristalina Georgieva, menyifatkan Cik Shirin sebagai seorang yang dapat membawa perubahan, dan mempunyai rekod pencapaian terbukti dalam memodenkan IT dalam pertubuhan antarabangsa besar.



Beliau dipilih daripada ramai calon antarabangsa yang perlu melalui beberapa pusingan pemilihan termasuk ujian psikometrik (yang menguji keupayaan mental) dan beberapa temu ramah bersama kepimpinan tertinggi pertubuhan itu.



Sebelum ini, beliau merupakan pengarah agung dan CIO ITD di Bank Pembangunan Asia (ADB) sejak 2016, berpangkalan di Manila, Filipina, dan pernah menjadi ketua pegawai teknologi (CTO) di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di New York.



Beliau pertama kali bekerja di luar negara lebih 20 tahun lalu, ketika suaminya, Encik Ambar Agustono Machfoedy, mengambil ijazah sarjananya di Universiti Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.



Cik Shirin pula menjadi perunding cara IT dengan Deloitte Consulting di Boston.



"Sesuatu yang menarik dan mencabar apabila bekerja dengan pertubuhan antarabangsa ialah kita dapat bekerja dengan ramai orang dari negara yang berbeza. Ia menarik kerana kepelbagaian budaya memperkaya tempat kerja itu.



"Tetapi, kepelbagaian itu juga adakalanya mencabar. Salah satu faktor kejayaan bekerja dalam pertubuhan antarabangsa ialah keupayaan berkomunikasi dengan baik dan menguruskan hubungan dengan mereka dari pelbagai budaya,'' ujar Cik Shirin.



Semasa memimpin UNDP, beliau antara lain memperkenalkan huraian awan (cloud) yang membolehkan kakitangan mendapat maklumat bila-bila masa mereka perlukan termasuk di tempat pedalaman di mana UNDP beroperasi.



Di ADB, beliau dan pasukannya memodenkan sistem IT untuk menjadi lebih utuh yang ternyata bertepatan masanya kerana rombakan digital itu membolehkan kakitangan ADB beroperasi 100 peratus di luar pejabat apabila pandemik Covid-19 berlaku awal 2020.



Ia diiktiraf syarikat rundingcara perniagaan antarabangsa Gartner yang mendokumentasikan rombakan itu, yang turut memenangi beberapa anugerah antarabangsa.



Menurut laporan Gartner 2018, wanita merangkumi separuh dari tenaga kerja sejagat tetapi mereka mewakili hanya 31 peratus pekerja IT.



Hanya 13 peratus CIO adalah wanita dan wanita menghadapi cabaran yang unik dilalui kaum Hawa.



Ia termasuk bekerja waktu yang panjang dan sentiasa dapat dihubungi yang ternyata mencabar bagi wanita yang perlu mengimbangi tugas sebagai seorang isteri, ibu dan penjaga.



"Walau demikian, saya mengenali beberapa wanita yang berjaya sebagai CIO dan ketua IT di Singapura. Apa yang penting ialah kita mempunyai dorongan dan minat mendalam mengenai tugas yang dijalankan dan kesannya. Bagi saya, motivasi saya ialah membolehkan ADB menyediakan bantuan kewangan bagi membangunkan negara terutama semasa pandemik Covid-19.



"Itu sahaja satu ganjaran kerana saya dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan individu terutama dalam negara-negara membangun di Asia dan Pasifik,'' ujar Cik Shirin, yang mengakui amat minat dalam bidang pembangunan dalam membangunkan ekonomi, kehidupan dan masyarakat di dunia.



Beliau akur bekerja dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa membuatnya terpaksa berjauhan daripada keluarga di Singapura bagi tempoh yang lama.



"Ia mungkin tidak sesuai untuk semua apabila ia melibatkan pasangan kita dan anak-anak kerana kerjaya pasangan kita dan pelajaran anak-anak boleh terjejas. Tetapi, saya bertuah kerana keluarga saya amat menyokong,'' tambah ibu dua orang anak kepada Vian dan Nadya.



Vian, 22 tahun, merupakan mahasiswa bioperubatan, manakala Nadya, 18 tahun, dalam bidang perniagaan dan analitik data di universiti di Amerika Syarikat.



Di masa lapangnya, beliau juga gemar membuat kuih-muih Melayu, membuat roti, mengait dan bersenam.



"Dari kehidupan saya yang sederhana, saya yakin kita berupaya melakukan lebih daripada apa yang kita fikirkan. Seperti hadis yang menyatakan menuntut ilmu biar hingga ke China. Saya rasa ia termasuk meluaskan pertumbuhan kemahiran, pengalaman, dan sentiasa menguji di luar zon keselesaan dari had yang sudah biasa kita tetapkan pada diri kita sendiri,'' tambahnya.




PERLU ADA MINAT DAN DORONGAN DALAM TUGAS



"Saya mengenali beberapa wanita yang berjaya sebagai CIO dan ketua IT di Singapura. Apa yang penting ialah kita mempunyai dorongan dan minat mendalam mengenai tugas yang dijalankan dan kesannya. Bagi saya, motivasi saya ialah membolehkan ADB menyediakan bantuan kewangan bagi membangunkan negara terutama semasa pandemik Covid-19.

Itu sahaja satu ganjaran kerana saya dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan individu terutama dalam negara-negara membangun di Asia dan Pasifik.''
- Cik Shirin Hamid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >