SEKTOR sumber manusia (HR) perlu memperkukuhkan keupayaan dan mempersiapkan karyawan mereka untuk memanfaatkan teknologi supaya dapat menyokong transformasi perniagaan dan tenaga kerja, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.
Mengongsi dapatan satu kajian yang ditaja Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Insitut bagi Karyawan HR (IHRP) semalam, beliau berkata sekitar 90 peratus pekerjaan HR akan terjejas oleh teknologi.