Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Permata Idaman

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Permata Idaman

Apr 28, 2014 | 07:51 PM

Bagai permata idaman
bagi setiap lapisan insan
warna kulit bukan bandingan
tapi daya ketahanan
berenang ke dasar lautan
melawan arus kekuatan
dalam cahaya penuh kesamaran
meredah setiap rumpai bertumbuhan
mencari kehadirannya tiram
dalamnya permata idaman
nilai setinggi pelangi
kepuasan yang tak terhingga
buat insan yang berjaya

Namun hakikatnya sendiri
langit tak sering disinari mentari
permata idaman sukar dicari
dalam lautan dalaman ini
usahlah perasaan merobek diri
sebaliknya cuba sekali lagi
walaupun mungkin ia bererti
menjunam dalam lautan seribu kali
janganlah ini jadi belenggu
kerana siapa jangka
bersama pohonan doa
tercapailah impian akhirnya
pada kali keseribu satu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3