Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HAR YASIN RESTAURANT PTE LTD

Permintaan beriani kian meningkat

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG 40 tahun lamanya syarikat Har Yasin Restaurant Pte Ltd memastikan sajian beriani damnya sentiasa menjadi sajian kegemaran penduduk setempat.



Tidak kira beriani kambing, ayam atau lembu, Har Yasin sentiasa menekankan rasa yang kekal enak seperti ia mula-mula diperkenalkan.



Malah, sambutan yang diberi kepada sajian yang dihasilkan syarikat itu mendapat sambutan terutamanya semasa majlis-majlis walimah yang berlangsung sebelum pandemik Covid-19 melanda.



Ini dinyatakan sendiri Pengarah Har Yasin Restaurant Pte Ltd, Encik Mohamed Haneefa Iqbal, semasa dihubungi Berita Harian.



"Sebelum pandemik melanda sambutan yang diberi kepada sajian beriani dam kami memang di luar dugaan.



"Ribuan jemputan yang hadir ke majlis-majlis walimah setiap minggu dapat merasakan sajian kami ini apabila ada pasangan yang memilih syarikat kami semasa hari perkahwinan mereka," tambahnya.



Namun, sepanjang dua tahun lalu, seperti kebanyakan syarikat makanan dan minuman (F&B) lain, jualan sajian beriani dam Har Yasin terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19.



Encik Mohamed Haneefa anggarkan tempoh dua tahun itu ternyata mencabar buat perniagannya.



"Seperti banyak perniagaan lain, kami juga terjejas teruk. Saya anggarkan kemerosotan antara 70 hingga 80 peratus sepanjang tempoh itu.



"Mujur ada tempahan katering daripada pihak dormitori untuk dibekalkan kepada pekerja asing.



"Malah, semasa tempoh awal pemutus litar berlaku, pernah juga saya tiada jualan langsung," ujarnya menceritakan kerumitan ketika itu.



Tapi baginya, perniagaannya kini mula meningkat sejak kebelakangan ini.



Sempena Ramadan ini, Encik Mohamed Haneefa berkata pihaknya sudah mula menerima tempahan daripada pelbagai pihak - termasuk individu dan badan korporat.



"Kami juga ada mendapat tempahan membekalkan bubur daripada pihak masjid bagi agihan kepada masyarakat setempat," ujarnya lagi.



Kalau dahulu syarikat itu pernah mempunyai sebuah restoran di kawasan Geylang Serai, kini Har Yasin mempunyai dua dapur pusat yang digunakan untuk menyediakan sajian-sajian kateringnya.



Selain sajian India yang mula diperkenalkan oleh bapanya, Encik Hanifa Abdul Hamid, yang juga pengasas dan pengerusi syarikat itu, pihaknya juga mampu menghasilkan sajian Melayu bagi memenuhi keinginan citarasa para pelanggannya yang pelbagai.



Pada masa yang sama, syarikat itu turut menyediakan ruang dewan majlis yang diberi nama Palace by Har Yasin yang terletak di 2 Allenby Road, dekat kawasan Jalan Besar.



Melihatkan negara kini mula terbuka, Encik Mohamed Haneefa melahirkan rasa yakin bahawa permintaan bagi khidmat kateringnya akan meningkat selepas Ramadan ini.



"Untuk jangka masa panjang, kami akan pastikan mutu sajian dam 100 peratus kami termasuk rasanya kekal seperti kami mula-mula perkenalkan.



"Tiada yang lebih memuaskan melainkan melihat para pelanggan kami gembira akan khidmat yang kami tawarkan," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >