Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pertumbuhan Q3 Malaysia paling rendah dalam dua tahun

Dunia
28
0

Pertumbuhan Q3 Malaysia paling rendah dalam dua tahun

Nov 13, 2015 | 03:24 PM

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia tumbuh 4.7 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding tahun lalu - kadar paling perlahan dalam tempoh dua tahun, tetapi memenuhi jangkaan penganalisis.

Lebihan akaun semasa mengecil kepada RM5.1 bilion ($1.65 bilion) dalam tempoh tersebut, daripada RM7.6 bilion dalam tempoh tiga bulan sebelum itu, paling rendah sejak suku kedua 2013.

Pertumbuhan Malaysia mengalami trend merosot tahun ini, setelah berkembang 5.6 peratus pada suku pertama dan 4.9 peratus pada suku kedua.

"Walaupun ekonomi negara sedang menghadapi beberapa kejutan, ia kekal berdaya tahan seperti yang dicerminkan oleh prestasi pertumbuhan kukuh ekonomi kita," kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada satu sidang akhbar.

Pertumbuhan itu sejajar dengan unjuran 4.7 peratus, menurut tinjauan pendapat Reuters dalam kalangan ahli ekonomi, yang melihat kelemahan dalam penggunaan domestik sebagai sebab utama kelembapan itu.

Eksport dan import Malaysia meningkat 3.2 peratus pada suku ketiga. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3