RAMAI warga Singapura sedar akan betapa pentingnya menjalani gaya hidup sihat, tidak kira dengan mengamalkan diet pemakanan seimbang atau libatkan diri dalam kegiatan fizikal.
Salah satu tabiat sihat yang boleh diamalkan ialah sarapan harian, yang dapat memberi khasiat kepada tubuh dan minda sebagai persediaan kepada kegiatan harian kita.