Dalam satu wawancara bersama akhbar The Straits Times pada 2023, Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, menyifatkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sebagai seorang “rakan lama yang baik”, sambil menambah bahawa mereka berkongsi persahabatan yang amat rapat.
Dan ini jelas kelihatan – hubungan yang terjalin antara dua pemimpin itu bukan hanya sekadar di peringkat diplomatik, bahkan dalam kehidupan peribadi juga.