KUALA LUMPUR: Polis menangkap enam rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS dalam operasi khas di lima negeri antara 24 Mac dengan 25 April lalu.
Tangkapan empat suspek lelaki dan dua wanita itu dilakukan di Kelantan, Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang, lapor Berita Harian Online semalam.