JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura telah ditahan di sekitar Taman Daya di Johor kerana terlibat dalam pengedaran dadah.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Zakaria Ahmad, berkata lelaki berumur 56 tahun yang sedang menunggang sebuah motosikal itu ditahan kira-kira 9.15 malam kelmarin oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang melakukan operasi khas.