Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Ukraine yakin keupayaan askar sendiri

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, melahirkan keyakinan askarnya mampu mengatasi serangan Russia, meskipun ramai bimbang dengan peningkatan persediaan tentera Russia di sempadan mereka.



"Anggota angkatan tentera Ukraine terus berusaha memenuhi misi terpenting mereka - untuk mempertahan kebebasan dan kedaulatan negara dari pencabulan Russia," kata Encik Zelensky dalam satu kenyataan pada 6 Disember lalu yang ditukil agensi berita Russia.



"Askar Ukraine... yakin akan kekuatan mereka dan berupaya mencegah sebarang rancangan rampasan pihak musuh," tambah pemimpin berusia 43 tahun itu.



Pentadbiran Amerika Syarikat ditukil akhbar The Washington Post pada 4 Disember lalu, perancangan Moscow membabitkan pergerakan besar 100 kumpulan taktikal batalion yang dianggarkan dengan kekuatan 175,000 tentera bersama kereta berperisai, senjata dan kelengkapan lain.



Meskipun Pentagon tidak memberi komen berhubung sumber risikan itu kepada AFP, ia berkata kebimbangan besar dengan bukti perancangan Russia akan bertindak terhadap Ukraine.



"Kami terus menyokong penolakan keganasan di rantau ini dan penyelesaian diplomatik terhadap konflik di timur Ukraine," kata jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Tony Semelroth. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >