Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID BENCOOLEN

Projek Nasi Amal untuk kumpul dana pelbagai projek

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



KERJA-KERJA menyegarkan semula projek pembangunan di Masjid Bencoolen dijangka dapat memberikan kemudahan dan mempertingkat program-program pembelajaran Islamnya.



Dengan permintaan yang kian meningkat di kalangan masyarakat India Muslim, masjid ini juga dapat memberi kemudahan baru yang akan menjadikan masjid tersebut lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.



Ini termasuk kemudahan-kemudahan bebas pengadang seperti akses kepada lif di semua tingkat.



Kerja-kerja peningkatan itu akan menampilkan ruang solat khas untuk kaum wanita di aras pertama, sebuah pejabat masjid baru dan kaunter khidmat pelanggan serta kemudahan lain termasuk bilik darjah dan dewan masyarakat serbaguna.



Seperti yang dimaklumi, Masjid Bencoolen sedang mengumpulkan dana.



Dana yang telah terkumpul adalah sebanyak $1.5 juta, dan ia masih kekurangan $1.5 juta.



Bagi merancakkan aktiviti pengumpulan dana, pihak masjid telah merancang beberapa program amal yang boleh disertai ramai.



Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, memberitahu:



"Buat masa ini, Masjid Bencoolen sedang melaksanakan projek 'Nasi Amal' untuk meraih dana bagi kerja-kerja peningkatan masjid. Ia bermula dari 1 Februari 2021 hingga 30 Jun 2021.



"Tujuan pengumpulan dana ini adalah untuk menambahbaikkan beberapa infrastruktur dan kemudahan di Masjid Bencoolen."



Kerja-kerja peningkatan itu melibatkan pengubahsuaian di kawasan dewan solat utama, bilik-bilik madrasah, ruang bawah, tandas dan pemasangan lif.



Terdapat beberapa kerosakan yang perlu ditangani dengan segera bagi membina bangunan masjid yang lebih kukuh.



"Jadi, derma untuk keperluan masjid melalui projek amal ini amat digalak dan dialu-alukan.



"Oleh itu, marilah kita bersama-sama melestarikan legasi warisan agama supaya masjid dapat terus berfungsi kepada masyarakat Islam di Singapura.



"Saya berdoa agar Allah swt memberikan ganjaran amal jariah yang berkekalan kepada tuan/puan yang sentiasa sudi menghulurkan derma untuk Wakaf Masjid Bencoolen," kata Encik Mohamed Rafeeq.



Sekiranya semua berjalan dengan lancar, masjid akan dibuka semula ketika penggal ketiga tahun ini.



Kini, Masjid Bencoolen masih aktif menganjurkan program-program dalam talian dan ini termasuklah program Nisfu Syaaban.




SERTAI PROJEK NASI AMAL



Orang ramai boleh menyertai projek Nasi Amal dengan menghubungi talian 6333-3016 untuk mendapatkan kupon sehingga 30 Jun ini.



Projek Nasi Amal ini merupakan kerjasama dengan Restoran Al Barakath dan Restoran Al Fazl.




CARA MENYUMBANG



- Lakukan derma anda pada hari ini dengan pemindahan wang ke akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001



- Layari https://masjidbencoolen.org/donate.



- Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar kepada alamat berikut iaitu 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapore 189630.



- Hubungi talian 6333 3016 untuk sebarang maklumat lanjut



- Layari Facebook@Masjid.bencoolen atau Youtube@masjidbencoolenTV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >