THE EQUANIMITY. Tentunya nama ini sudah anda lihat muncul di akhbar-akhbar utama tempatan dan luar negara.
Selepas sekian lama menjadi buah mulut baik di peringkat antarabangsa mahupun tempatan, kapal mewah dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi negara jiran, Low Taek Jho atau Jho Low, dikembalikan kepada Malaysia apabila selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang, Selasa lalu.