Walaupun meniti usia senja, banyak perkara yang masih boleh disumbangkan bakat Singapura kepada cabang seni setempat. Di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda, biduanita Rahimah Rahim masih aktif menimba ilmu dan kemahiran baru mendakap teknologi sebagai penyiar aplikasi dari warga emas buat warga emas, Vintage Radio SG. Roker Singapura, Suri, pula gigih mengusahakan 'single' terkininya Dikejar Masa mengenang pada putaran roda hidup dan kekangan menjadikan seni sumber pencarian suatu waktu dahulu. BERITA HARIAN melaporkan.
SETIAP detik, biduanita legenda Singapura, Rahimah Rahim, mensyukuri rezeki yang mengalir baginya mempelajari ilmu baru atau mengasah kemahiran seni dalam dunia digital penuh cabaran.