DENGAN banyak sekatan Covid-19 masih dilaksana, pengawal keselamatan seperti Encik Norizal Zainal harus memastikan mereka mengikuti perkembangan terkini dalam tugas mereka.
Menurut penyelia keselamatan kanan APRO-Asian Protection Pte Ltd itu, yang dikerahkan di Politeknik Temasek, kebelakangan ini beliau harus memikul tugas tambahan demi memastikan keselamatan orang ramai di sekolah itu.