MASYARAKAT Italy sememangnya terkenal dengan kemahiran menghasilkan piza yang hebat. Kini, menikmati sepotong piza Italy lebih mudah dengan adanya Sunshine Italian Pizza. Siri sajian enak itu menggabungkan masakan asli dengan 'topping' hebat dalam bentuk 'Al Taglio' (segi empat tepat).
Sunshine Italian Pizza dihasilkan di Italy dan dibakar dengan sempurna menggunakan ketuhar batu, justeru mengekalkan rasa Italy asli. Jenis piza yang disediakan termasuk 'Tartufo e Funghi', 'Rucola e Pomodoro' dan 'Margherita'.