APABILA Cik Nur Sideka Mohideen Shahul Hamid dimaklum tentang usaha mereka semula jawatannya sebagai pelayan tamu atau 'butler' di Raffles Hotel, pada mulanya beliau bingung dan khuatir jika beliau akan kehilangan pekerjaannya.
Namun semakin lama beliau menjalani latihan, Cik Nur Sideka, 24 tahun, sedar ia satu peluang untuk mempelajari kemahiran dan pengalaman baru dan kini seronok dengan peranan kerja barunya sekarang.