Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja 16 tahun antara 87 diberkas kerana dadah

Nov 29, 2020 | 05:30 AM



SERAMAI 87 orang, termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, diberkas kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dalam satu operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) dari Isnin lalu hingga kelmarin.



Dadah dianggar bernilai hampir $400,000 turut dirampas, menurut CNB dalam satu kenyataan semalam. Ia termasuk 1,118 gram Ice, 746 gram heroin, 149 gram ganja, 1 gram ketamin, 77 pil Ecstasy, 155 pil Erimin-5 dan dua setem LSD (lysergic acid diethylamide).



Dalam satu kes, pegawai CNB menangkap seorang lelaki Singapura berusia 39 tahun di Sumang Lane. Dia dibawa ke rumahnya di estet itu, dan seorang wanita Penduduk Tetap (PR) berusia 46 tahun yang pulang ke situ turut ditangkap.



Serbuan di rumah itu menemui 15 paket berisi Ice seberart 339 gram, tujuh pil Ecstasy dan 90 pil Erimin-5. Lima botol dan sepaket cecair dipercayai methamphetamine disembunyikan dalam bungkusan produk penjagaan wajah.



Dalam satu lagi kes, pegawai CNB menyerbu sebuah unit di Lengkok Bahru dan menangkap dua lelaki warga Singapura berusia 26 dan 29 tahun serta seorang wanita berusia 19 tahun. Seorang wanita warga Singapura, 26 tahun, yang pulang ke rumah itu juga ditangkap.



Sebanyak enam paket Ice seberat tiga gram dijumpai di unit itu, manakala sebuah perkakas dadah dijumpai bersama wanita 26 tahun itu. Dua anak kecil dua wanita tersebut berada di sana ketika tangkapan dibuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >