Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CABARAN PENGAWAI KESELAMATAN

Lega bila majikan tegas tidak arah kerja lebih 12 jam

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



SETELAH 12 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan, Encik Muhammad Khairul Mohd Riduan, 32 tahun, meluahkan bahawa beliau diberkati dengan pekerjaan yang baik.



Penyelia pengawal keselamatan yang telah bekerja sepenuh masa selama tiga tahun dengan syarikat Spears Security Force berkata syarikatnya menjaga mereka dengan baik.



Menurutnya, jadual pekerjaannya adalah sebulan 24 hari, dan satu syif 12 jam.



"Syarikat kami tegas dan tidak membenarkan kami bekerja lebih dari 12 jam dalam sehari. Lebih-lebih lagi jika syif itu berterusan," ujar bapa tiga anak itu.



"Antara tugas saya adalah untuk mengatur jadual dan mengerahkan kakitangan. Saya sentiasa memastikan kami mempunyai kakitangan yang cukup untuk beroperasi.



"Selain itu, saya juga harus mengikut protokol dan SOP, jadi semuanya juga agak teratur dan kakitangan kami tidak melebihi jumlah jam yang dihadkan," kata beliau yang mengatur jadual untuk 10 orang dalam pasukannya di empat kawasan.



Mengulas akan kejadian baru-baru ini di mana terdapat laporan tentang pengawal keselamatan yang bekerja lebih 20 jam, beliau berkata:



"Mungkin masing-masing ada alasan mengapa harus bekerja lebih, jika tidak dipaksa.



"Tetapi kerja satu syif memang sudah memenatkan, apa lagi jika lebih dari 12 jam."



Antara kebaikan lain yang disediakan syarikatnya adalah baucar NTUC yang diberikan untuk berbelanja.



"Walaupun syarikat ini tidak besar, kami akan dibayar setiap bulan pada waktu yang ditetapkan," tambahnya.



Beliau berkata sebagai pengawal keselamatan di perumahan kondominium beliau sering menghadapi cabaran.



"Salah satu cabaran yang kami terpaksa hadapi adalah apabila ada sebilangan penduduk tidak menghormati kami.



"Pada mereka, kami ini hanya kerja sekuriti dan rasa seperti mereka pandang rendah terhadap kami. Itu yang saya tidak berapa suka.



"Jika ada sesuatu yang kami tegur mengikut SOP, kita cakap diorang tak dengar, tak kisah, tak patuh," sungutnya.



Oleh yang demikian Encik Khairul sering menasihati kakitangannya agar sentiasa sabar dan teruskan kerja mereka mengikut peraturan.



"Saya selalu beritau staf saya, jangan takut. Asalkan kita ikut peraturan, patuh SOP, kita tidak bersalah dan hanya menurut peraturan tugas.



"Dulu mungkin ada banyak kes yang lebih serius, jadi sekarang, kami juga ada kamera di badan dan akan merakam apa yang berlaku.



"Jadi sekarang undang-undang juga melindungi kami. Baik juga pemerintah mengambil tindakan sebegini.



"Saya bersyukur ada langkah-langkah yang dapat membantu kami jikalau apa-apa berlaku kerana ada bukti," jelas beliau yang kemudian menegaskan mereka tetap akan bersikap hormat terhadap sesiapa.




"Syarikat kami tegas dan tidak membenarkan kami bekerja lebih dari 12 jam dalam sehari. Lebih-lebih lagi jika syif itu berterusan," ujar bapa tiga anak itu.



Antara tugas saya adalah untuk mengatur jadual dan mengerahkan kakitangan. Saya sentiasa memastikan kami mempunyai kakitangan yang cukup untuk beroperasi.



Selain itu, saya juga harus mengikut protokol dan SOP, jadi semuanya juga agak teratur dan kakitangan kami tidak melebihi jumlah jam yang dihadkan.''
- Encik Muhammad Khairul Mohd Riduan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >