Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

HAR YASIN RESTAURANT PTE LTD

Resipi beriani dam hasil penyelidikan di Tamil Nadu

Apr 15, 2022 | 06:31 AM



SELAMA 40 tahun jenama Har Yasin dikenali masyarakat setempat.



Bermula sebagai restoran yang dikenali dengan sajian martabaknya, ia kini berkembang kepada sajian beriani yang berasal dari India dan telah diubahsuai mengikut citarasa penduduk Singapura.



Tidak hairanlah banyak majlis perkahwinan yang mendapatkan khidmatnya, yang sedikit masa dahulu pernah mempunyai sebuah restoran di kawasan Geylang Serai.



"Tanya saja orang lama, pasti mereka ingat restoran Har Yasin di kawasan Geylang Serai.



"Apa yang popular masa itu ialah martabak kami. Pada masa itu memang ada beriani yang kami jual. Namun kini yang dikaitkan dengan jenama kami ialah beriani,'' kata pengarah Har Yasin Restaurant Pte Ltd, Encik Mohamed Haneefa Iqbal.



Syarikat itu kini menyediakan khidmat katering untuk pelbagai jenis majlis termasuk walimah oleh pasangan Muslim setempat.



Sajian yang popular dan mendapat perhatian ramai kini ialah berianii dam mereka - kambing, anak kambing, ayam dan lembu.



Encik Mohamed Haneefa Iqbal berkata pihaknya telah ke banyak kawasan perkampungan di wilayah Tamil Nadu, India bagi mencuba pelbagai jenis biryani yang terdapat di sana pada sekitar 1990-an.



Akhirnya mereka ditemukan dengan sajian beriani yang mereka anggap sesuai untuk penduduk di Singapura.



"Kami terus membuat penyelidikan dan beberapa percubaan dilakukan. Kemudian kami buat penyesuaian kepada resipinya agar dapat memenuhi citarasa penduduk setempat," ujarnya lagi.



Menurut Encik Mohamed Haneefa Iqbal, cara masakan, kandungan dalam resipi selain rempah- ratus dan daging yang digunakan penting dalam menghasilkan sajian beraini bermutu tinggi.



"Itulah yang membezakan kami dengan beriani lain yang dijual di pasaran yang menimbulkan persaingan sihat pada masa kini. Sehingga kini kami masih terus menjalankan kajian bagi memperbaiki terus mutu biryani kami," tambahnya.



Bapanya, yang juga pengasas dan pengerusi Har Yasin Restaurant Pte Ltd, Encik Hanifa Abdul Hamid, berkata beliau berasa senang melihatkan perkembangan beriani syarikatnya.



"Alhamdulillah banyak perubahan baik yang kami lalui. Yang pasti beriani kami kini lebih istimewa dan saya yakin ia dapat memenuhi citarasa ramai," ujar datuk yang sudah mempunyai seorang cicit itu lagi.



Pada masa yang sama, syarikat itu turut menyediakan ruang dewan majlis yang diberi nama Palace by Har Yasin yang terletak di 2 Allenby Road, dekat kawasan Jalan Besar.



Melihatkan negara kini mula terbuka, Encik Mohamed Haneefa Iqbal melahirkan rasa yakin bahawa permintaan bagi khidmat kateringnya akan meningkat selepas Ramadan ini.



"Untuk jangka masa panjang, kami akan pastikan mutu sajian dam 100 peratus kami termasuk rasanya kekal seperti kami mula-mula perkenalkan. Tiada yang lebih memuaskan melainkan melihat para pelanggan kami gembira akan khidmat yang kami tawarkan,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >