Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan iringi jenazah imam Qinghai

Imam Ma Changqing, tokoh terkenal di kalangan masyarakat Islam China, turut sandang jawatan politik
Jul 22, 2018 | 05:30 AM



VIDEO dan gambar memaparkan ribuan, ada laporan menyatakan lebih 100,000 orang, mengiringi jenazah seorang imam di China tular di media sosial.



Bilangannya begitu ramai sehingga suasana seperti kesesakan jemaah haji melakukan sai pada musim haji - memenuhi ruang berdekatan masjid, ke jalan raya dan hingga ke tanah perkuburan.



Kata-kata yang mengiringi kiriman tersebut menyebut bahawa suasana itu menggambarkan perwatakan dan sumbangan imam berusia 83 tahun itu yang meninggal Isnin lalu.



Maklumat lanjut yang diperolehi daripada beberapa laman Internet menyatakan bahawa imam itu ialah Allahyarham Ma Changqing, daripada etnik Dongxiang.



Dilahirkan pada Mac 1936 di Wilayah Gansu, Allahyarham Ma Changqing merupakan seorang tokoh, imam dan sarjana Islam terkemuka di China.



Selain menyandang jawatan agama seperti ketua imam Masjid Dongguan di bandar Xining, Allahyarham juga merupakan pengerusi Persatuan Islam Gansu, Pengerusi Persatuan Islam bandar Xining dan Naib Ketua Pengarah Institut Al-Quran Wilayah Gansu.



Di samping ketokohannya dalam masyarakat Islam, Imam Ma Changqing juga menyandang beberapa jawatan politik termasuk Naib Pengerusi Jawatankuasa ke-10 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat Qinghai.



Pada Mac 2013, beliau dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Tetap ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC).



Kepimpinan beliau juga dilaporkan dalam Jurnal Three Gorges University, edisi Humanity and Social Sciences mengenai kerja amal keagamaan dalam menyumbang kepada pembinaan keharmonian sosial masyarakat.



Laporan dalam jurnal itu menyatakan bahawa selepas gempa bumi besar menggegarkan daerah Wenchuan di wilayah Sichuan pada 12 Mei 2008, pertubuhan agama di China segera bertindak.



Dalam waktu yang agak singkat menjelang hujung bulan itu, pertubuhan-pertubuhan agama di China menyumbang wang tunai dan barang bernilai 400 juta Yuan untuk dihantar ke kawasan terjejas. Daripada jumlah tersebut, 24 juta Yuan atau 6 peratus didermakan oleh pertubuhan Islam.



Menurut jurnal itu lagi, pada 16 Mei 2008, empat hari selepas berlaku gempa bumi itu, Persatuan Islam Wilayah Qinghai di bandar Xining dan beberapa daerah segera melancarkan kempen memungut derma menerusi Palang Merah Qinghai.



Usaha itu bertepatan dengan hari Jumaat dengan 20,000 jemaah bersolat di masjid.



Jurnal itu khusus melaporkan bahawa Imam Ma Changqing, ketika itu merupakan naib pengerusi Jawatankuasa Perundingan Politik di Wilayah Qinghai, menyampaikan khutbah Jumaat pada hari itu.



Dalam khutbah itu, beliau dilaporkan memetik beberapa ayat daripada Al-Quran dan hadis tentang memberi bantuan kebajikan dan amal jariah yang dianjurkan Islam, dan menggesa umat Islam menghulurkan derma, menunjukkan kasih sayang dan belas ihsan terhadap mangsa gempa bumi di kawasan-kawasan yang terjejas.



Ramai umat Islam menyahut gesaan itu dan segera menghulur derma dalam bentuk tunai bagi membantu keluarga mangsa gempa bumi.



Gesaan serupa dibuat imam di beberapa tempat lain, seperti Imam Su Dezhen dari Masjid Yudai Qiao dan anggota jawatankuasa pengurusan masjid yang mengadakan pungutan derma daripada jemaah dan berjaya mengumpul 800,000 Yuan dalam masa tiga hari.



Mereka juga mengatur kenderaan menghantar barang keerluan seperti minyak masak, khemah, selimut dan makanan halal kepada mangsa gempa.



Menjelang 23 Mei 2008, umat Islam di Xining, dipimpin oleh para ulama mereka, mengumpulkan wang tunai dan barang-barang bernilai 4.2 juta Yuan untuk mangsa gempa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >