PEMANASAN bumi... paras laut yang meningkat - segala perubahan yang berlaku ini tercetus akibat perubahan iklim.
Sebagai saintis penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Iklim Singapura (CCRS), tugas Dr Muhammad Eeqmal Eesfansyah Hassim (gambar atas) cuba memahami sistem iklim, fenomena yang boleh menjejas iklim serta kesan perubahan yang boleh berlaku di masa hadapan.