Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Pulangkan Kami Ke Laut

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



Suatu masa dahulu

bila raja membuka negeri

ramai datang menghambakan diri

Shah Bandar menjaga keamanan laut

banyak kapal berlabuh di muara sungai

Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan

adalah laluan sampan panjang, lengkeng, lancang dan sabang

langit biru terbentang rindu berjauhan

ombak putih menggulung janji dan harapan.



Hidup begitu santai

di pesisiran yang landai

tidak pernah cemburu atau berkelahi

pada Belanda, Feringgi dan Inggeris yang penuh berahi

digoda haruman lada, kayu manis, pala, bunga cengkih

serakah meluncurkan kapal menempuh gelombang

haloba meyakinkan pelayaran yang panjang

demi Sang Ratu dan empayar yang gemilang

ribut taufan tidak mengubah warna rambut anak kapal

senapang dan meriam meletus api dalam sekam.



Tahun 1824 yang malang

Selat Melaka menjadi sempadan

Tanah Melayu dan kepulauan Riau jadi rebutan

penjajah cukup lama menjarah maruah anak watan

seperti mimpi buruk yang sukar dilupakan

daun-daun kering berguguran dilanda bayu seteru

embun pagi masih basah di tiang kapal sejarahmu

angin selatan masih kencang mengembang layar hidupmu

lalu pastikan fungsi selat dan laut kembali berbakti

menyatukan alam Melayu seantero pulau dan negeri.



HAMED ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >