Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Salam Muharam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
0

KARYA

Salam Muharam

Jul 31, 2022 | 05:30 AM

Bergemeresik nota indah
laungan bintang-gemintang, awan-gemawan, angin-bayu,
gunung-ganang, sungai-sungai & lautan, mergastua,
pepohonan,
juga para insan
merangkul tibamu Muharam.

Berjuta rahsia sarat terisi bagasimu
silih-bertindih anugerah-ujian
bakal menyapa minda-minda
& hati-hati yang tabah.

Sejarah & iktibar yang disusun-Nya
dihimpun kemas dalam dadamu
perih pedihnya laluan nabi-nabi
Adam, Idris, Ibrahim, Yusuf, Nuh, Ya'akub, Yunus, Ayub, Musa, Daud
pertama turunnya rahmat & hujan
juga Jibril tercipta.

Hijrah kekasih-Nya adalah hikmah
penanda mula satu kebesaran
pengingat sejati para insan
kekerdilan diri itu nyata
biar secanggih mana kehidupan dicipta.

WAN JUMAIAH MOHD JUBRI

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3