Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Sedia khidmat 'Befrienders', ambil berat keperluan penerima zakat

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



MASJID Alkaff Kampung Melayu (MAKM) sangat mengambil berat terhadap keperluan penerima zakat.



Justeru, MAKM memperkenalkan 'Befrienders' (sesi berteman) sebagai satu pendekatan yang berkesan untuk menangani masalah emosi dan fizikal mereka.



Selaku pendamping di MAKM, Ustazah Jamilah Kusain berkongsi pengalaman menjadi sebahagian daripada komuniti 'Befrienders'.



'Befrienders' menjadi mata dan telinga masjid untuk melihat keadaan masyarakat Islam daripada semua aspek.



Sepanjang berkhidmat sebagai 'Befrienders' sekitar enam hingga tujuh tahun, banyak kenangan manis yang diukir bersama.



Pada awalnya, usaha mendekati klien bagi meraih kepercayaan mereka bukanlah perkara yang senang. Kadang-kadang, ia memakan masa untuk menimbulkan kemesraan antara satu sama lain.



Ustazah Jamilah berkata:



"Namun, hubungan semakin kukuh selepas masing-masing sudah meletakkan kepercayaan tinggi sehingga kami sudah boleh berbual panjang.



"Perkara itu menampakkan hubungan yang sangat rapat antara seorang klien dengan pendamping. Dengan hubungan yang erat, mereka akan lebih terbuka untuk menceritakan permasalahan dan rahsia kehidupan.



"Lantas, ia menjadi satu terapi buat mereka, melalui perkongsian dari hati ke hati. Setelah laporan dibuat oleh pendamping, masjid juga akan turut menangani apa jua masalah klien.



"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat membantu insan-insan yang memerlukan perkhidmatan 'Befrienders'."



Ustazah Siti Shazwani Azmi, Pegawai Pembangunan Sosial (SDO MAKM) menjelaskan mereka membantu penerima zakat seperti warga emas yang berisiko tinggi (berpenyakit kronik), golongan berpendapatan rendah dan mereka yang kehilangan pekerjaan, khususnya di musim pandemik.



Bantuan kewangan akan dihulurkan bagi meringankan beban mereka dalam keadaan yang kian mendesak pada hari ini.



"Sebelum Covid-19, masjid mempunyai program bulanan seperti sesi bersama Ustaz Mohamad Noor Samat, Ketua Dakwah di MAKM.



Program ini menjadi pertemuan bersifat pengisian spiritual kepada penerima zakat. Mereka diberi peluang untuk bertanyakan tentang kemusykilan agama kepada ustaz.



Namun, buat masa sekarang, kesemua program fizikal di MAKM ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan sekatan pandemik.



"Walaupun kami tidak dapat bersemuka dengan klien secara fizikal, kami cuba meraikan mereka, terutamanya di bulan Ramadan dan Hari Raya.



"MAKM menggunakan platform YouTube untuk menyampaikan kuliah agama dan berhubung dengan para peserta yang biasa hadir di masjid.



Ustazah Siti Shazwani berkata:



"Kami turut menggunakan khidmat vendor untuk mengagihkan kerja-kerja pengagihan makanan iftar, barangan runcit, kuih Raya dan sebagainya demi menjangkau keperluan masyarakat."



Menurut Cik Fatimah, 64 tahun, (bukan nama sebenar), beliau bersyukur kerana tersenarai sebagai antara penerima bantuan zakat di MAKM.



"Saya tinggal bersama abang (80 tahun) dan kakak (76 tahun). Pada usia emas ini, saya mempunyai masalah kencing manis serta penglihatan mata kurang jelas.



"Alhamdulillah, walaupun tidak bekerja, pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan MAKM banyak memberikan bantuan seperti makanan iftar setiap hari, barangan dapur dan sebagainya.



"Pegawai di MAKM juga sangat baik dalam membantu meringankan beban kami.



"Walaupun saya adalah penerima zakat, saya juga cuba menyumbang kembali dengan ketepikan wang pada setiap bulan untuk didermakan. Mungkin nilainya kecil, tetapi insya-Allah, besar pahalanya di sisi Allah.



"Saya juga percaya bahawa sedekah mampu mengangkat musibah, jadi saya cuba memberi kembali setakat yang saya mampu."



Secara keseluruhan, ramai penerima zakat yang telah memanfaatkan bantuan MAKM seperti bantuan fizikal dan perkhidmatan 'Befrienders'.



Sehubungan dengan itu, pihak masjid berharap agar masyarakat setempat akan terus mengimarahkan MAKM dan menyumbang untuk para penerima zakat serta mencukupkan Dana Peningkatan MAKM.




CARA MENYUMBANG DANA PENINGKATAN



- Pindahan bank ke akaun OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Add reference no." atau "Bill Reference No." dan e-mel tangkap layar (screenshot) transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg



- Hantar cek kepada LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan "Dana Peningkatan", nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.



- Paynow UEN: S94MQ0017D atau Imbas Kod QR yang disediakan. Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Bill Reference No."



- Langsung ke Pejabat Masjid dari hari Isnin hingga Khamis: 2 - 6 petang.



- Sila hubungi talian 6242-7244 atau lungsuri https://www.facebook.com/AlkaffKampungMelayuMosque untuk keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >