Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CGS-CIMB SECURITIES (SINGAPURA)

Segera mulakan pelaburan patuh Syariah bersama iCash hari ini

Nov 13, 2022 | 08:29 AM



PELABURAN adalah kegiatan menanam modal melalui pembelian instrumen kewangan atau aset dengan matlamat menjana pendapatan. Ianya sangatlah penting untuk mengukuhkan pengurusan kewangan dan Islam memerintahkan umatnya untuk mencari dan menambahkan rezeki dan mencari yang halal - patuh Syariah.



Melabur ialah cara yang berkesan untuk memastikan wang anda berfungsi dan membina kekayaan. Misinya adalah untuk mendapatkan pulangan dalam pelaburan bagi merealisasikan objektif kewangan anda, sama ada untuk simpanan masa hadapan, pembelian aset mahupun persaraan. Melabur juga membantu anda mengatasi inflasi dan memastikan kuasa beli wang anda tetap kukuh.



Salah satu bentuk pelaburan adalah dengan melabur di pasaran modal seperti saham, Dana Didagangkan Bursa (ETFs) dan Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) di mana ia berpotensi menjadi satu bentuk pelaburan yang menguntungkan.



Pelabur akan mendapatkan keuntungan atau manfaat dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.



Bagi membolehkan pelabur di Singapura melabur secara patuh Syariah, kumpulan khidmat kewangan CGS-CIMB Securities (Singapura) telah melancarkan iCash, akaun dagangan pendahuluan tunai patuh Syariah pertama di Singapura.



iCash telah dilancarkan pada 23 Jun lalu sempena Simposium Pelaburan Syariah Serantau CSG-CIMB 2022 di Hotel Swissotel The Stamford.



Dengan iCash, pelabur di Singapura boleh mengakses lebih 1500 sekuriti (saham, ETFs, REITs) patuh Syariah di lima bursa sejagat.



Akaun dagangan iCash yang disepadukan dengan wadah iTrade CGS-CIMB, membolehkan pelabur mendapat akses kepada pelbagai produk patuh Syariah tersenarai di Bursa Saham Singapura, Bursa Saham Hong Kong, NASDAQ, Bursa Saham New York dan Bursa Saham Amerika.



Pelabur boleh menggunakan iCash untuk memeriksa produk yang sejajar dengan prinsip utama Syariah - moral, ketelusan dan keadilan.



Saham patuh syariah ini diimbas menggunakan pendekatan berasaskan kajian oleh penyedia pengimbas saham patuh Syariah, Refinitiv Eikon (sebelum ini dikenali sebagai Thomson Reuters Financial & Risk).



Di samping itu, pelabur boleh memanfaatkan iCash untuk mencari saham yang memiliki penilaian Persekitaran, Sosial dan Pemerintahan (ESG Scoring) yang sejajar dengan objektif perubahan iklim dunia.



Menurut ketua khidmat pelaburan Syariah Singapura, CGS-CIMB Securities, Encik Syed Muhammad Alsagoff, iCash menawarkan kepelbagaian kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan yang membolehkan mereka memenuhi keperluan pelaburan jangka pertengahan dan panjang.



MANFAAT PELABURAN SAHAM



Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan, Encik Syed Muhammad Alsagoff menjelaskan bahawa melabur dalam saham membolehkan anda membeli dan menjual pelaburan dengan mudah dan cepat, dan dalam jumlah yang fleksibel dengan minima 100 saham sahaja di Bursa Saham Singapura.



Harga saham juga dapat dilihat secara 'live' iaitu secara langsung, membuatkan pemegang saham mengetahui status pelaburan mereka pada setiap masa.



Dengan melabur dalam syarikat, seseorang itu menjadi pemegang saham syarikat dan melayakkan mereka mendapat manfaat seperti pendapatan dividen. Pasaran saham dikawal ketat untuk memastikan keadilan, ketertiban dan ketelusan yang membantu menambah lapisan perlindungan untuk pelaburan anda.



CARA MELABUR MENGGUNAKAN ICASH



Anda boleh mendaftar akaun iCash di dalam talian bersama CGS-CIMB untuk memulakan pelaburan. Setelah akaun dibuka, layari iTrade dan gunakan fungsi 'cash top up' iaitu top up dengan wang tunai dalam CGS-CIMB iTrade untuk memindahkan dana menerusi PayNow kepada akaun dagangan iCash.



Setelah itu, pilih saham yang anda inginkan dan letakkan pesanan beli.



Bagi pasaran saham asing/luar negara, anda boleh menukar baki wang tunai dari mata wang Singapura (SGD) kepada mata wang Amerika Syarikat (USD) atau mata wang Hong Kong (HKD) untuk mendapatkan kuasa pelaburan dalam mata wang masing-masing. Ini akan melindungi anda daripada pendedahan mata wang selepas perdagangan apabila anda berdagang pasaran asing.



Lebih memudahkan lagi, akaun dagangan iCash boleh diakses dari semua wadah web dan aplikasi telefon bijak.



Layari laman, https://cgs-cimb.com/en/icash, untuk maklumat lanjut.




PENAFIAN



Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Maklumat yang terkandung di sini tidak membentuk tawaran, pengesyoran atau permintaan untuk membeli atau menjual sembarang sekuriti atau instrumen kewangan lain, atau untuk mengendalikan sembarang transaksi. Semua produk pasaran kapital mengandungi risiko dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang.



Sila rujuk kepada Penyata Pendedahan Risiko dalam Terma dan Syarat Am CSG-CIMB Securities (Singapore) Pte Ltd. (Co. Reg 198701621D) untuk butiran lanjut. Tiada seorang pun daripada CGS-CIMB dan pengarah, pekerja, pegawai dan wakilnya masing-masing akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk sebarang akibat (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit, kehilangan keuntungan dan ganti rugi) daripada sebarang pergantungan pada maklumat yang terkandung dalam artikel ini.




CIRI-CIRI ICASH



- Komisen berdaya saing

Nikmati kadar komisen perdagangan rendah bagi perdagangan melalui akaun iCash. Dengan kadar rendah, tiada ketetapan jumlah yang anda perlukan untuk berurus niaga melalui iCash.



- Patuh syariah

Akaun bebas daripada unsur-unsur haram seperti riba dan judi. Melabur tanpa was-was dengan status patuh syariah yang disediakan.



- Memiliki penilaian Persekitaran, Sosial dan Pemerintahan (ESG Scoring)

Klien boleh akses saham yang memiliki penilaian Persekitaran, Sosial dan Pemerintahan (ESG Scoring) untuk membuat keputusan yang bermaklumat untuk melabur secara etikal dan mampan.



- Cepat dan selamat

Pindah dana pada akaun iCash dengan cepat dan memudahkan menerusi PayNow.



- Tahukah anda?

Terdapat lebih 140 syarikat patuh syariah tersenarai di Bursa Singapura (SGX). Manakala terdapat lebih daripada 1,000 syarikat di Bursa Amerika Syarikat dan 700 syarikat di Bursa Hongkong yang patuh syariah.

Jadi tunggu apa lagi, mulakan pelaburan anda bersama iCash hari ini!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >