Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Sejadah Cinta

Sep 28, 2015 | 05:58 AM

Dilipat
Dibentang
Digulung
Digantung
Satu kemestian
Satu harapan
Harian yang menyempurnakan
Ia memerlukan
Penyerahan
Bimbingan
Penghayatan dan perasaan
Kalau perlu aku bertasbih
Akan kulafazkan
Buat bingkisan dalam kuntum-kuntum mekar
Kerana ia nisan kasih setiap insan
Kalau perlu aku berazan
Melontar kalimah cinta ini
Gemersik alam
- alunan suara burung-burung pulang ke sarang
Senja teman setia
- menjadi penghitung usia
Fajar menjadi saksi
- kalimah subuh berbunyi
Jangan biarkan sejadah cinta ini
Terbentang kosong di hati usang

A. KADIR PANDI

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3