ISTILAH Bangsamoro berasal dari dua kekata 'bangsa' (Sanskrit/Melayu) merujuk kepada kaum dan Moro (dari kekata Sepanyol Moro atau Moor iaitu seperti Muslim di Maghribi).
Kini suku kaum Bajau, Banguingui, Illanun/Iranun, Kalagan, Kalibugan, Maranao, Maguindanao, Tausug, Samal, Sangil, Yakan, Molbog, Jama Mapun, Igaunen, Kolimbogan, Iranun, Tiroray dan Mansaca digolongkan sebagai Bangsamoro kerana beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan hampir serupa. Mereka terdapat di selatan Filipina - Mindanao, Palawan, Sulu dan gugusan pulau lain.