Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Sektor elektronik dijangka kekal cerah, tawar pekerjaan

Sekitar 1,100 kerja dijangka diwujudkan bagi 3-5 tahun mendatang apabila pelaburan dan projek baru direalisasikan: Chun Sing
Oct 20, 2020 | 05:30 AM



SEKTOR elektronik dalam industri semikonduktor dan umum akan terus cerah dalam masa beberapa tahun ini dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga Singapura nanti, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.



Menurut Encik Chan, sekitar 1,100 pekerjaan dalam sektor itu dijangka diwujudkan bagi tiga tahun hingga lima tahun akan datang apabila pelaburan dan projek baru direalisasikan di samping peluang pekerjaan yang ada.



Ini setelah Singapura menjamin pelaburan aset tetap bernilai $5.7 bilion serta perbelanjaan perniagaan sebanyak $376 juta dalam sembilan bulan pertama tahun ini dalam sektor elektronik.



Bercakap semasa satu sidang media menyusuli kunjungan ke syarikat semikonduktor, GlobalFoundries di Woodlands semalam, Encik Chan menjelaskan sektor itu menunjukkan prestasi lebih baik daripada segmen ekonomi lain, walaupun di tengah-tengah keadaan ekonomi mencabar.



Sejak April, sekitar 2,800 peluang pekerjaan dan latihan dalam sektor elektronik telah ditawarkan.



Encik Chan berkata sektor itu mempunyai sejarah yang panjang di Singapura dan menyaksikan bagaimana negara ini, khususnya generasi sebelum ini, membuat penyesuaian, meningkatkan keupayaan dan berani mengambil langkah untuk mengukuhkan sektor itu.



"Saya dengan yakin boleh mengatakan bahawa banyak pekerjaan baru dalam industri semikonduktor tidak mungkin ada jika tidak kerana keberanian generasi sebelumnya dalam membawa masuk pelaburan yang baik ke Singapura bagi menubuhkan asas untuk kita hari ini," jelas beliau.



Hasilnya, sumbangan industri itu kepada hasil dalam negeri kasar (GDP) Singapura telah meningkat daripada kurang 1 peratus pada 1990 kepada 6.9 peratus pada 2019.



Pendekatan meningkatkan keupayaan terus diambil Singapura hingga ke hari ini, tekan Encik Chan, dan hasilnya dapat dilihat dengan pelaburan baru yang tetap diterima meskipun dengan krisis Covid-19.



Misalnya, pelaburan terkini oleh syarikat tersenarai di New York, Thermo Fisher, untuk membina kemudahan pengeluaran dan firma Korea, Hyundai, bagi membina kilang kereta elektrik.



Semua ini, kata beliau, akan menjana pekerjaan baru untuk warga Singapura.



Walaupun ekonomi keseluruhan terkesan oleh kemelesetan paling buruk pernah berlaku, tetapi dalam enam bulan pertama tahun ini, pengeluaran industri semikonduktor meningkat 1.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



"Ini memang krisis generasi ini, tetapi kita mempunyai setiap peluang untuk menjadikan ia satu peluang untuk generasi ini.



"Kenapa saya berkata demikian, kerana jika anda melihat industri ini... sekitaran pelaburan kini amat mencabar.



"Tetapi masih ada pelabur di serata dunia yang mencari tempat untuk menjadi tempat selamat untuk pelaburan, bakat dan harta intelektual," terang Encik Chan.



Justeru, kata beliau, jika Singapura mengambil langkah dan pendekatan yang tepat serta menyediakan sekitaran yang boleh memenuhi pelbagai pasaran, ia boleh menukarkan krisis Covid-19 ini menjadi satu peluang untuk negara ini dengan menarik pelaburan baru yang boleh mendorong pertumbuhan.



"Apabila pelaburan seperti itu datang... kita mesti berani membawanya masuk, belajar secepat mungkin, membangunkan warga kita walaupun mereka tidak ada semua kemahiran diperlukan sekarang, supaya generasi pekerja Singapura seterusnya boleh meraih manfaat daripada peluang ini," tambah beliau.




"Tetapi masih ada pelabur di serata dunia yang mencari tempat untuk menjadi tempat selamat untuk pelaburan, bakat dan harta intelektual... apabila pelaburan seperti itu datang... kita mesti berani membawanya masuk, belajar secepat mungkin, membangunkan warga kita walaupun mereka tidak ada semua kemahiran diperlukan sekarang, supaya generasi pekerja Singapura seterusnya boleh meraih manfaat daripada peluang ini."
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >