APABILA pandemik Covid-19 menimpa Singapura beberapa bulan sebelum beliau lulus daripada politeknik, ia tidak menjadi satu perkara yang membuatnya panik untuk mendapatkan kerja dengan segera.
Malah bagi Cik Sarah Kamsani yang lulus daripada Politeknik Ngee Ann (NP) April lalu, tumpuannya beralih kepada meningkatkan kemahiran selain mendapat pekerjaan.