Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Setanggi Ramadan

Apr 02, 2023 | 05:30 AM

hadir kini pintu-pintu maghfirah

dibuka tanpa dijarah

disedia tanpa diminta

dipersila tanpa dipaksa

buat jiwa yang bergadang sering

lupa suara azan surau

lupa bentuk kubah masjid

penuhilah saf-saf renggang malam

mensuci baki daki

berlumut paut di tangkai hati

hanyutkan air mengalir hanyir

menyembam hiba ke muara duka

jangan dibiar hati berlama hitam

dan dosa dibiar berjelaga legam

menjadi riwayat hidup berbekal jalan

bukan menyeret pepasir seberkas iman

busana jenama itu dunia lena

dibuang berbatu jauh

dibakar direntung sungguh

agar lusuh luluh di benak kukuh

sarungkan seragam iman

jubah takwa

berserban ihsan

berteleku di maqam Ramadan

istiqamahlah dalam saf-saf insaf

alang-alang merunduk

alang-alang tawaduk

membentengi liar mencuri masuk

Ramadan sebulan dikir fikir

takdir jangan disalahtafsir

yang merantai masih santai mengintai

yang dirantai masih lambai terkirai-kirai

gilaplah sekadar indah wajah

di ladang amal bercahaya

neraca diri berdacing muhasabah

mencongak khilaf menangisi dosa

dari terus bergelap tidak keruan

didik jiwa pagi ke petang

kembali fitrah

berakhir gemilang

dalam dakapan setanggi Ramadan

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >