Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sheila Majid terkesan dengan pemergian komposer Oddie Agam

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



Lagu 'Antara Anyer dan Jakarta' tidak boleh dipisahkan dengan nama penggubahnya, Oddie Agam.



Lagu yang dipopularkan penyanyi Datuk Sheila Majid itu dilancarkan lebih tiga dekad lalu dan malar segar sehingga sekarang.



Dalam satu interviu, Oddie Agam pernah berkata tidak pernah menyangka lagu tersebut akan menjadi hit. Kolaborasi itu disebut hanya daripada persahabatan Oddie dengan Sheila ketika mereka menimba ilmu di Malaysia.



Oddie juga mengakui ketika itu beliau sama sekali tidak mengenal Sheila Majid.



Pemergian Allahyarham Oddie Agam atau nama sebenarnya, Imran Madjid, ke rahmatullah pada pagi Rabu lalu memberi kesan kepada Sheila, yang mencipta nama di Indonesia menerusi karya komposer tersohor itu.



Lagu ciptaan Allahyarham Oddie antaranya Antara Anyer dan Jakarta dan Aku Cinta Padamu membolehkan Sheila menembusi pasaran muzik Indonesia sejak era 1980-an dan terus popular hingga sekarang.



"Kami amat dukacita dengan khabar Ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Malah, sebelum menjadi penyanyi.



"Dialah pencipta lagu Indonesia pertama yang mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan karya seperti 'Antara Anyer dan Jakarta', 'Aku Cinta Padamu', 'Tua Sebelum Waktunya', 'Begitulah Cinta' dan beberapa lagu lagi.



"Malah, sebelum mengenalinya sebagai komposer, arwah adalah rakan keluarga kami," katanya.



Sheila mengaku kesedihannya tidak terbendung dengan pemergian arwah.



"Saya sangat sedih... Seperti sebahagian kerjaya muzik saya hilang. Karya muziknya akan sentiasa menyinari hati kami semua, Agam.



"Terima kasih untuk semua lagu indah ditulis kamu... Semoga tenang di sana.



"Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya bersama orang yang beriman... Al-Fatihah. Bintang itu sudah tiada, tapi sinarnya terang selama-lamanya," katanya.



Memetik laporan CNN Indonesia, Allahyarham Oddie menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Persahabatan, Indonesia, pada usia 68 tahun akibat kegagalan buah pinggang. Malah, arwah pernah dilaporkan berdepan masalah angin ahmar pada 2017.



Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu pada 6 Oktober lalu. Keadaan Oddie ketika itu sangat kritikal hingga menggunakan alat bantuan pernafasan.



Bagaimanapun, Allahyarham dikhabarkan pernah pulih pada 12 Oktober. Malah, ketika itu, isterinya, Almafina, memaklumkan Oddie sempat membuka mata biarpun masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >