SECARA ringkasnya, Encik Donald J. Trump, 74 tahun, adalah ahli perniagaan popular yang lahir dan dibesarkan di Queens, New York City.
Berkelulusan sarjana muda dalam bidang ekonomi dari Universiti Pennsylvania, beliau adalah pemaju hartanah yang 'mesra media' dengan nilai kekayaan peribadi ditaksirkan Forbes pada September 2020 mencecah sekitar AS$2.5 bilion ($3.39 bilion).