Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Geran Pemulihan Covid-19 disasar keluarga bergaji lebih rendah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SOKONGAN BAGI WARGA HARUNGI COVID-19

Geran Pemulihan Covid-19 disasar keluarga bergaji lebih rendah

Pemohon antara lain harus tunjuk usaha cari kerja, latihan
Dec 17, 2020 | 05:30 AM

GERAN Pemulihan Covid-19 (CRG) disasarkan kepada isi keluarga yang berpendapatan lebih rendah, berbanding dengan geran-geran lain.

Untuk menerima sokongan di bawah CRG, pemohon perlu memiliki pendapatan isi keluarga bulanan kasar $7,800 atau kurang atau pendapatan per kapita bulanan bernilai $2,600 atau kurang, sebelum terjejas oleh Covid-19.

Pemohon harus juga menunjukkan usaha mencari pekerjaan atau latihan dengan memohon pekerjaan atau peluang kemahiran menerusi pusat-pusat berkaitan pemerintah.

"Berbanding dengan Geran Sokongan Covid-19 (CSG) dan Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS), CRG disasarkan kepada golongan isi keluarga yang berpendapatan lebih rendah," kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan semalam.

Berbanding dengan CSG dan SIRS juga, pemohon perlu aktif secara ekonomi sebelum dijejas oleh kesan ekonomi Covid-19, bagi layak mendapat bantuan di bawah geran baru tersebut.

Ini bermakna, mereka seharusnya bekerja sekurang-kurangnya enam bulan secara kumulatif, di antara Januari 2019 dengan Disember tahun ini manakala mereka yang bergaji sendiri pula harus mengisytiharkan pendapatan dagangan bersih (NTI) mereka pada 2019 atau 2020.

Sementara itu, pemohon yang merupakan pekerja dwistatus - misalnya individu yang menerima gaji sebagai pekerja dan pendapatan dagangan sebagai pekerja bekerja sendiri - perlu memenuhi salah satu kriteria bagi kategori kerja itu untuk layak terima bantuan CRG.

Menurut MSF, kriteria baru itu diperkenalkan bagi memberi bantuan tersasar untuk mereka yang aktif dalam pekerjaan atau perdagangan sejak dua tahun lalu.

Di bawah CRG, pemohon harus mengalami kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya secara purata, 50 peratus selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut.

Tambah MSF, pemohon harus menunjukkan usaha mencari pekerjaan atau latihan dengan memohon atau peluang kemahiran menerusi pusat berkaitan pemerintah, seperti laman MyCareersFuture Portal dan MySkillsFuture Portal; menghadiri temuramah pekerjaan atau menyertai latihan kerjaya di pusat kerjaya Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan pusat kerjaya di bawah NTUC e2i atau penyedia pemadanan kerjaya dilantik WSG.

Para individu boleh memohon untuk CRG secara dalam talian menerusi laman go.gov.sg/CRG. Tarikh permohonan dibuka daripada 18 Januari hingga 31 Disember tahun depan.

Kementerian itu menasihatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru untuk membuat permohonan serta menyiapkan segala dokumen sokongan lebih awal bagi memastikan melicinkan proses permohonan.

Mereka yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan borang permohonan dalam talian boleh hubungi hotline ComCare di 1800-222-0000 atau e-mel Ask_SSO@msf.gov.sg.

Bagi mereka yang tidak boleh memohon dalam talian pula, boleh ke Pejabat Khidmat Sosial terdekat untuk mendapatkan bantuan.


"Berbanding dengan Geran Sokongan Covid-19 (CSG) dan Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS), CRG disasarkan kepada golongan isi keluarga yang berpendapatan lebih rendah."
- Kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3