Daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen yang dijangka dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia, 52 terletak di kawasan Felda. Pasukan pembangkang dikatakan menyasarkan beberapa kerusi di kawasan ini. Taruhannya tinggi kerana kemenangan pakatan pembangkang di Felda dan kehilangan kerusi Felda oleh BN boleh menjejas keseimbangan kuasa dalam pilihan raya umum. SUHAIMI MOHSEN (suhaimi@sph.com.sg) meninjau beberapa kampung Felda di Johor.
BENDERA parti-parti bertanding, kebanyakan biru tua dengan logo dacing Barisan Nasional (BN), membarisi pinggir jalan, terutama dekat pintu masuk beberapa kampung Felda dari arah Kota Tinggi ke Desaru.